Wednesday, August 4, 2010

Kuil Tergantung di Shanxi

Selalunya, kuil biasanya dibina di atas tanah yang rata, akan tetapi di wilayah Shanxi, bahagian utara China, terdapat sebuah kuil yang dibina tergantung di atas cerunam, iaitu Kuil Tergantung (Kuil Xuankong/ Hengsan). Kuil Tergantung terletak di Kota Datong, bahagian utara wilayah Shanxi, ia dibina pada 1400 tahun yang lalu, ia merupakan kuil Buddha, Tao dan Confusius. Kuil Kuil Tergantung dipangkil “Rumah Xuan Kong”, kata “Xuan” berasal dari Tao, agama tradisional China, kata “Kong” berasal dari agama Buddha.
Antara pelbagai jenis bangunan China, Kuil Tergantung adala antara bangunan yang menarik. Ia terletak di lembangan kecil , kedua-dua tepinya adalah cerunam yang tingginya lebih 100 meter, Kuil Tergantung seperti dilekatkan di atas cerunam itu, berjarak dengan darat lebih kurang 50 meter. Jika dilihat dari tempat jauh, kuil itu cuma digantung oleh belasan batang kayu di bawahnya. Kuil Tergantung ada 40 buah bilik, pelbagai bilik dihubungi dengan jambatan, pelancong berjalan di atasnya perlulah berhati-hati, takut jika terlalu berat, lantainya itu akan runtuh. Kuil Tergantung terletak di atas cerunam, batu yang yang menonjol di puncak gunung seperti payung, menyebabkan kuil tidak kena hujan. Ketika banjir berlaku di bawah, air tidak dapat membanjir kuil itu. Gunung di sekitar kuil itu telah mengelakkan sinaran matahari ke atas kuil itu. Dikatakan, pada musim panas, setiap hari matahari menyinar Kuil Tergangtung 3 jam sahaja.
Walaupun Kuil Tergantung buatan kayu, tetapi ia masih dipelihara dengan baik yang mana usianya sekarang melebihi seribu tahun. Kuil Tergantung disokong oleh belasan batang kayu di bawahnya. Batang kayu itu dibuat daripada kayu tempatan yang istimewa (Tsuga Chinensis). Batang kayu itu pernah direndam dalam minyak Tung, maka, ia tidak akan dimakan oleh anai-anai dan juga tidak menjadi reput. Orang akan merasa hairan, mengapa kuil dibina di atas cerunam? Dulunya di bawah Kuil Tergantung adalah laluan penting pada masa itu, kuil dibina di situ adalah untuk memudahkan penganut Buddha yang melalui tempat itu sembahyang. Selain itu, sungai di bawah kuil itu selalu berbanjir, penduduk di situ menganggap banjir itu disebabkan oleh naga emas, mereka berharap kuil dibina di atas cerunam yang boleh mengawal naga emas itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails