Wednesday, August 11, 2010

Adakah manusia dapat menggerudi bumi sehingga tembus?


Persoalan itu sukar dijawab, tapi mugkin teknologi yang lebih maju yang akan dicipta di masa depan membolehkan bumi dapat digerudi sehingga tembus.
Yang pastinya bumi memiliki diameter sepanjang 12,756 km atau lebih 12 juta meter. Jadi jika manusia ingin mengorek bumi, mereka memerlukan alat gerudi yang panjangnya lebih dari 12 juta meter
Selain itu, suhu di perut bumi sangat panas, yang mana isi perut bumi itu terdiri daripada nikel beku setebal 1,370 km dan suhu boleh mencapai 4,000 darjah selsius. Jadi, adakah alat yang digunakan untuk menggerudi bumi itu tidak akan cair?




Penggerudian Terdalam

Bumi terdiri daripada empat lapis yang berbeza. Ahli geologi menyatakan, sejak bumi mulai sejuk sekitar 4.6 billion tahun lepas, material yang berat akan tenggelam, sedangkan batuan yang ringan akan muncul ke permukaan. Disebabkan itulah permukaan bumi pada hari ini terdiri dari batuan yang ringan seperti batu granit. Sedangkan bahagian dalam bumi yang berisi logam berat seperti nikel dan besi

Permukaan bumi adalah tempat yang kita diami. Di bawahnya adalah mantel, berupa  material yang berbentuk pasta seperti bubur. Perut bumi pula sangat panas dan memiliki tekanan yang sangat tinggi. Tubuh manusia akan hancur jika memasuki pusat perut bumi kerana mempunyai tekanan yang sangat tinggi

Manusia melakukan penggerudian bumi untuk banyak alasn. Ada yang melakukannya untuk kajian, mencari minyak,a ir atau tujuan-tujuan lain. Manusia sudah Berjaya meneliti lapisan permukaan bumi (Kerak bumi), tetapi bahagian perut  bumi masih lagi menjadi misteri.

Penggerudian minyak di perut bumi biasanya tidak dalam. Pada kedalaman 6000 meter, minyak sudah boleh ditemui, Penggerudian terdalam yang pernah dilakukan oleh manusia adalah yang dilakukan di Kola peninsula, Russia
Penggerudian itu dimulai pada tahun 1970 dan mencapai kedalam 12,262 meter pada tahun 1994. Teknik penggerudian yang dilakukan bukan dengan memutarkan alat gerudi, tetapi ditekan sedikit demi sedikit sambil mengeluarkan lumpur
Tujuan penggerudian Kola Peninsula adalah dengan kedalaman 15 ribu meter. Tetapi tidak berhasil kerana kedalaman itu suhu boleh mencapai 300 darjah selsius atau lebih tinggi lagi. Suhu setinggi itu tidak mampu untuk menggerakan alat gerudi tersebut.
Penggerudian lain yang cukup dalam dilakukan di laut Kaspia. Mencapai kedalaman hampir menyamai di Kola Peninsula. Selain itu, penggerudian untuk penyelidikan di Bertha Rogers, Oklahoma, Texas dengan kedalaman 9,583 meter.

Semasa penggerudian di Peninsula, tidak ditemui minyak atau sumber alam, tetapi ilmuan berjaya mempelajari susun lapis bumi


Selain penggerudian di darat. Manusia juga melakukan penggerudian di laut. Penggerudian di laut boleh dilakukan dengan mendirikan pangkalan gerudi, boleh juga melalui kapal seperti kapal “Joides Resolution”. Joides Resolution memiliki 7 lantai. Kapal ini dimiliki oleh Joint Oceanographic Institute yang memceburi di bidang ilmiah


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails