Friday, April 16, 2010

Snow


Kenali karakter melalui tarikh lahir

PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa. Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang. Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja. Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai. 2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan Mulakan perhubungan sebagai teman rapat. 3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama. 4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya. 5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. 6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja. 7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan. 8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. 9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan. 10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya. 11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial. 12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. 13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang. 14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga. 15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu? 16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati. 17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan. 18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. 19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya. 20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya. 21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. 22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis. 23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya. 24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. 25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak. 26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih. 27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya 28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda. 29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia. 30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. 31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.

Imam 20 Sen


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah
dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di
Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk
pergi ke masjid.


Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di
dalam
bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki
yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.


Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen
tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada
dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli
tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas
tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada
bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan
berpaling
ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi
kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada
pemandu bas tersebut.


"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je
nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang
tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku
jujur".


Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja
memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran
kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan
kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!,
Ampunkan
daku Ya Allah.... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20
sen!!!..

Kebesaran Allah

Salam. Lihat foto di atas betul-betul dan kaji. Ini merupakan graf surah-surah dalam al-quran beserta bilangan ayatnya. Jika diplotkan.Inilah yg terhasil. Subhanallah.Foto ini saya temui dalam satu website. Berikut serba sedikit info mengenai isi kandungan Kitab pegangan kita ini. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Al-Quran sudah lama membuktikan banyak perkara sains ketika manusia baru menemuinya. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran: DUNIA - 115 kali AKHIRAT - 115 kali MALAIKAT - 88 kali SYAITAN - 88 kali HIDUP - 145 kali MATI - 145 kali FAEDAH - 50 kali KERUGIAN - 50 kali UMMAH - 50 kali PENYAMPAI - 50 kali IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali BALA/MUSIBAH - 75 kali BERSYUKUR - 75 kali BERSEDEKAH - 73 kali BERPUAS HATI - 73 kali ORANG YANG SESAT - 17 kali ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali MUSLIMIN - 41 kali JIHAD - 41 kali EMAS - 8 kali KEMURAHAN HIDUP - 8 kali KEAJAIBAN - 60 kali FITNAH - 60 kali ZAKAT - 32 kali BERKAT - 32 kali MINDA - 49 kali NUR - 49 kali LIDAH - 25 kali SUMPAH - 25 kali NAFSU - 8 kali KETAKUTAN - 8 kali BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali BERDAKWAH - 18 kali KESUSAHAN - 114 kali KESABARAN - 114 kali MUHAMMAD - 4 kali SYARIAT - 4 kali LELAKI - 24 kali PEREMPUAN - 24 kali SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali BULAN - 12 kali HARI - 365 kali LAUTAN - 32 kali DARATAN - 13 kali LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!! Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan. Moga ada manfaat, Allahuaqlam,

Mayat Berjalan Pulang


Di Kg Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. Kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.

Friday, April 2, 2010

Fakta Tentang Badan Manusia

1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.

2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan
bagi satu perkataan.

9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.
 
14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

Pose Menarik


Fokus


Related Posts with Thumbnails