Friday, July 31, 2009

TATOO


Kerja Yahudi...menggunakan nama Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai seni lukisan badan (tatoo). Jelasnya ianya haram disisi islam. bertatoo sahaja sudah dikira haram, inikan pula mencacah badan dengan nama Allah dan Nabi. Ternyata mereka ini golongan yang memusuhi islam demi untuk mencemarkan maruah dan kesucian agama islam.

Thursday, July 30, 2009

BURJ AL ARAB


Burj al-Arab adalah sebuah hotel mewah yang terletak di Dubai, Uni Emirat Arab. Bangunan Burj al-Arab, di reka oleh Tom Wright, mencapai ketinggian 321 meter dan adalah bangunan tertinggi yang sepenuhnya digunakan sebagai hotel. Bangunan ini berdiri di sebuah pulau buatan yang berada 280 m lepas pantai di Teluk Parsi. Burj al-Arab dimiliki oleh Jumeirah.Hotel ini sering disebut sebagai hotel ‘bintang tujuh’. Ini merupakan cara mereka untuk menggambarkan betapa megahnya Burj al-Arab dibandingkan hotel-hotel lain yang menyebut dirinya hotel bintang enam. Ironinya, hampir seluruh sistem 'ranking' hotel di dunia, membatasi kategori hotel hanya sebatas lima bintang. Menurut cerita rasminya, Burj al-Arab dikatakan sebagai “hotel deluxe bintang lima”. Namun, yang pasti, “Inilah pencakar langit tertinggi di Dubai. Pembinaan Burj al-Arab dimulai pada 1994, dan dibuka untuk pengunjung pada 1 Desember 1999. Rancangannya mengambil bentuk layar sebuah dhow (perahu tradisonal Arab). Dekat dengan puncaknya, terdapat sebuah helipad (tempat pendaratan helikopter), dan restoran Al Muntaha (tertinggi dalam bahasa Arab) di sisi seberangnya, yang ditahan oleh kantilever (tembok yang menganjur keluar sebagai penahan balkoni) di atas laut. Salah satu elemen yang unik adalah dinding atrium yang menghadap ke pantai, terbuat dari kain fiberglass yang dilapisi Teflon. Rekaan dalamanya direka oleh Khuan Chew.Burj al-Arab juga memiliki atrium lobi tertinggi di dunia, setinggi 180 meter. Atrium tersebut dapat melingkupi Gedung World Trade Center (WTC) Dubai yang menjulang setinggi 38 lantai — bangunan tertinggi di Dubai dari akhir 1970-an sampai pertengahan 1990-an. Kamar terkecil yang bisa disewa di Burj al-Arab luasnya mencapai 169 meter persegi. Tarifnya ‘cuma’ US$ 1.000 per malam. Sementara, suite biasa paling mahal nilainya US$ 15.000 . Sedangkan Royal Suite — semacam Presidential Suite di Indonesia — dinilai US$ 28.000 per malam. Meski dikenali dengan tarif yang super mahal, Royal Suites selalunya ditempah.Saat memasuki Burj al-Arab anda akan disambut dengan ramah oleh penjaga hotel. Di lobi Burj al-Arab anda akan merasa kagum dengan bauan semerbak rempah-rempah yang menyebar ke seluruh ruangan dan juga oleh hiasan berupa air pancut yang menari serta meloncat-loncat secara berirama. Tentu saja, air pancut yang pandai menari itu diatur dengan teknologi super sophisticated. Untuk memperindahkannya, dasar dari kolam tempat air pancut menari itu dihiasi dengan baru-batu berwarna-warni. Selain itu, dinding pembatas tangga naik atau turun, dibuat bukan dari dinding pualam biasa, melainkan sebuah aquarium raksasa yang dihuni ratusan jenis ikan air laut yang berenang bebas. Jadi, seakan-akan Burj al-Arab berada di dalam lautan. Sama seperti di lobi, di lantai ini kita juga akan menjumpai kolam air pancut yang boleh menari, juga ditambah dengan hiasan batu karang beraneka warna di dasarnya.Yang membezakannya, di lantai ini juga ada pertunjukan live dari sejumlah pemain muzik tradisional Timur Tengah. Sementara, kalau kita melihat ke atas, akan nampak tiang-tiang baja yang disusun sedemikian rupa sehingga terbentuklah sebuah menara yang megah. Konon struktur menara ini dibuat untuk bertahan lebih dari 50 tahun.Walau anda tak berniat untuk menginap, anda akan merasakan kepuasaan karena boleh menyaksikan salah satu bangunan termegah yang pernah dibuat manusia dan terkenal hingga seluruh dunia. Ada kejutan kecil saat anda akan meninggalkan Burj al-Arab, walaupun anda bukan tetamu yang menginap di sana, petugas hotel tetap akan mempersilakan anda untuk merasa kurma asli Dubai yang lazat, wangi, manis dan tanpa biji pula.Selain Burj al-Arab, di Dubai anda juga boleh mengunjungi Jumeirah, yang merupakan sebuah kawasan perumahan pinggir pantai di Dubai. Wilayah ini mempunyai rumah-rumah yang dibangunkan dengan berbagai macam gaya arkitektualnya. Kalangan ini popular di kalangan bangsawan Barat yang bekerja di Uni Emirat Arab, juga di kalangan pelancong yang mengunjungi Dubai.

Tuesday, July 28, 2009

RUMAH TERMAHAL


NITA Ambani bukan sembarangan wanita, dia adalah isteri jutawan petrokimia tersohor Mumbai sekali gus peneraju Reliance Industries, Mukesh Ambani. Sehingga Mac tahun ini, Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.
Sebagaimana wanita lain di dunia, Nita cukup bertuah kerana suaminya sanggup membina kediaman mewah dan selesa 27 tingkat bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) buat diri dan tiga anaknya.

Mukesh Ambani bakal menggaji 600 pekerja bagi membersih dan menyelenggara kediaman mewah 27 tingkat
Tanggungjawab membina rumah impian Nita dan suaminya itu diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins + Wills and Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Mandarin Oriental Dallas dan Los Angeles.
Pengarah Pemasaran Hirsch Bedner Associates, Thomas Johnson, berkata arkitek dan juru hias dalamannya bertungkus lumus menyiapkan pelan lantai, memikirkan reka bentuk seterusnya menentukan konsep serta tema bangunan.
Pembinaan kediaman mewah di Altamount Road, Mumbai di atas tapak tanah seluas 4939.81 meter persegi bermula penghujung 2006 dan dijangka siap untuk diduduki pada September 2008.
Bangunan pencakar langit seperti istana itu digelar Antilla bersempena nama sebuah pulau sarat mitos. Kos pembinaannya melampaui belanjawan membina hotel ternama dengan setiap tingkat ditampilkan ukuran, bahan dan struktur seni bina berbeza meliputi lantai, lampu, pintu, bingkai tingkap dan sebagainya.
“Sekiranya aras sembilan menitipkan kemasan logam dan kayu disulami sentuhan kristal, tingkat 11 tidak akan mengetengahkan unsur itu lagi. Ini permintaan Nita yang mahukan pertembungan konsep dengan elemen seni bina bagi ruang konsisten tanpa ada pengulangan gaya,” kata pakar hiasan dalaman Hirsch Bedner Associates.
Struktur seni bina berkenaan dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan feng shui. Matlamat utamanya untuk mendapatkan aliran pergerakan sihat ruang berpandukan susun atur strategik bilik, objek dan kemasan.
Kuarters keluarga yang memuatkan sebuah lobi dan menghimpunkan sembilan lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai terletak di aras tujuh selepas enam tingkat tempat meletak kereta untuk 170 lot parkir. Sebaik menuruni dua sayap tangga dengan selusur bersepuh perak, tetamu bertemu dewan tari menari berhias siling kristal.
Ruang ini menjadi wadah seni menerusi sisipan monitor LCD lengkap sistem pembesar suara selain dibina sebuah pentas pertunjukan.
Sesuai statusnya sebagai usahawan ternama, Mukesh sering menganjurkan majlis korporat di kediamannya. Namun, pandangan isteri dan anak-anak yang menginginkan gaya penataan menggambarkan akar umbi bangsa tidak diabaikan.
Buktinya, sinki yang dibina memanjang dari ruang santai berlanjutan ke ruang hiburan dilengkapi pawagam dan stor wine direka menyerupai daun gingko, spesies tumbuhan yang dekat dengan masyarakat India. Saliran paipnya menampilkan rekaan mirip batang daun yang ‘menjalar’ hingga ke sinki.
‘Health level’, aras yang dikhususkan untuk sukan dan riadah menempatkan patio, kolam renang, gimnasium dan studio yoga. Pasangan Ambani memenuhi kawasan patio dengan pelbagai spesies pokok tempatan.
Aras ini juga menyediakan bilik berais khusus kegunaan penghuni dan tetamu melarikan diri dari bahang cuaca kota Mumbai. Menariknya, bilik sejuk ini menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan salji buatan manusia.
Pada ketika cuaca nyaman, Ambani sekeluarga berpeluang menghirup udara segar yang ditawarkan empat tingkat landskap terbuka. Kayu yang menguatkan alang dan menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan berbentuk ‘W’ mengilhamkan atrium terbuka untuk taman dan halaman.
Landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal elemen paling rumit direalisasikan namun kewujudannya didorong dengan sebab. Keupayaan tumbuh-tumbuhan menyerap cahaya matahari dimanfaatkan menjadi sumber tenaga yang boleh diubahsuai merujuk keperluan. Menerusinya, suasana kediaman pada musim panas boleh menjadi dingin manakala ketika cuaca sejuk, suhu menyamankan tubuh.
Empat tingkat teratas dijadikan ruang peribadi Ambani sekeluarga termasuk ibunya, Kokilaben. Istimewanya ruang ini kerana menampilkan pemandangan Laut Arab dan seluruh kota Mumbai.
Menurut Penolong Jurutera BMC, syarikat yang bertanggungjawab mereka pelan cadangan bagi pembinaan bangunan ini, kira-kira 600 pekerja bakal digajikan Mukesh bagi membersih, menjaga dan menyelenggara kediamannya.
Di sebalik nama Antilla
Antilla atau Antillia adalah pulau puaka yang dipercayai berada di tengah Lautan Atlantik di barat Sepanyol. Nama lain pulau mistik ini adalah Isle of Seven Cities, Ilha das Sete Cicades (bahasa Portugis), Septe Cicades, Sanbrandan atau St Brendan dan sebagainya.
Nama asalnya tidak diketahui. Etimologi tertua dikeluarkan pada 1455 menghubung-kaitkan nama itu dengan platonik Atlantis, manakala versi terkemudian mengaitkannya dengan Jezirat Al Tenny, “Pulau Naga”, disebut Pulau Naga oleh ahli geografi Arab.
Legenda pulau bermula pada 74 Tahun Masihi apabila Quintus Sertorius, komander tentera dan konsulat Sepanyol yang baru pulang dari medan pertempuran Mauretania (Utara Maghribi) bertemu kelasi berpengalaman singgah di pulau Atlantik.
Teruja dengan cerita kelasi berkenaan, Sertorius memasang tekad mencari pulau terbabit sebelum mengambil keputusan menetap di situ.
Fakta Menarik Antilla
Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.
Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.
Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.
Dua tingkat di atas ‘health level’ menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.
Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan ‘ruang udara’ berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.

Thursday, July 23, 2009

BULAN PERNAH TERBELAH







Suatu ketika penduduk Mekkah meminta agar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memperlihatkan tanda kenabian. Rasul pun menyanggupi. Beliau memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar membelah bulan. Ajaibnya, bulan benar-benar terbelah dua! Nabi berseru, “Lihatlah!”
Setelah peristiwa itu, turunlah firman Allah, “Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka melihat suatu tanda, mereka berpaling dan berkata, “Sihir yang terus menerus.” (Al-Qamar: 1-2)
Suatu hari di sebuah seminar di FakultI Kedoktoran Universiti Cardiff di Wales, Inggeris, awal tahun 2000. Hadir di situ Dr Zaglul An-Najjar, penulis buku Pembuktian Sains dalam Sunah. Seorang lelaki berbangsa Inggeris berdiri dan meminta izin untuk berbicara. Ia mengenalkan dirinya bernama David M Pidcock, seorang Muslim dan tengah memimpin sebuah organisasi Islam di negaranya.
Sebelumnya ia non-Muslim. Peristiwa keislamannya terawalnya ketika seorang sahabat Muslim meminjamkan Al-Qur’an kepadanya. Kebetulan saat itu ia sedang mempelajari agama-agama di dunia.
Pidcock mulai mempelajari halaman demi halaman Al-Qur’an hingga tiba pada Surat Al-Qomar: 1 – 2. Ia tak percaya isi surat itu. Maka ia langsung menutup Al-Qur’an dan meninggalkannya.
Allah rupanya berkehendak lain. Tak berapa lama kemudian ia menonton siaran televisi BBC. Seorang penyiar tengah mewawancara tiga astronomi Amerika Syarikat (AS) tentang aktiviti mendaratkan manusia ke bulan. Saat itu pada tahun 1978.
Penyiar mengkritik pemerintah AS yang menghantar manusia ke bulan. Kesannya telah menyebabkan AS terpaksa membelanjakan sebanyak 100 juta dolar AS. Ini suatu pembaziran. Bila dana tersebut diberikan kepada jutaan orang yang kelaparan akan jauh lebih berfaedah.
Para ilmuwan itu membela diri. Mereka mengatakan bahwa perjalanan tersebut telah membuktikan satu fakta penting yang seandainya mereka mengeluarkan dan berkali-kali ganda dari dana itu untuk membuat manusia yakin dan menerima fakta tersebut, tetap tak ada seorang pun yang akan mempercayainya.
Si penyiar bertanya, “Fakta apa itu?”
Para ilmuwan itu menjawab bahawa bulan pada masa dahulu kala pernah terbelah, kemudian melekat lagi. Bekas-bekas yang menunjukkan fakta ini sangat terlihat di permukaan bulan sampai ke dalam perut bulan.
“Begitu mendengar ini saya langsung melompat dari kerusi yang saya duduki di depan televisyen dan berkata dalam hati bahawa sebuah mukjizat telah terjadi pada Nabi Muhammad s.a.w 1.400 tahun yang lalu,” kata Pidcock.
“Al-Qur’an telah menyebutkannya dengan perincian yang begitu mengagumkan. Ini pasti agama yang benar,” kata Pidcock lagi. Ia pun memeluk Islam.
Peristiwa terbelahnya bulan banyak ditafsir oleh berbagai kitab hadits dan sirah berdasarkan penuturan sejumlah sahabat, di antaranya Abdullah bin Umar dan Abdullah bin Abbas Radhiyallahu ‘anhum. Sejarah India dan Cina Kuno juga telah menceritakan peristiwa ini.”
Sumber : Majalah Hidayatullah – January 2007

Wednesday, July 22, 2009

Pohon Terbesar dan Tertua di Dunia


Salah satu dari pohon-pohon paling tinggi di dunia dari jenis Giant Sequoia ini memiliki ketinggian mencapai 85 meter. Umurnya diperkatakan antara 2200 hingga 2700 tahun. Pohon ini diberi nama “Jeneral Sherman”, diperkatakan bukan hanya merupakan salah satu yang tertinggi , tapi juga merupakan jenis Sequoia yang terbesar dalam hal saiznya. Pada tahun 2002 pohon ini pernah diukur saiznya yang sebesar 1487 meter kubik.
Pohon Sherman ini terletak di Taman Negara Sequoia di Visalia, California, dinamakan sedemikian sempena nama seorang veteran perang sivil Amerika iaitu Jeneral William Tecumseh Sherman. James Wolverton seorang Leftenan pada kavalri Indiana ke-9 di bawah pimpinan Sherman menamakan pohon ini dengan nama ketuanya pada tahun 1879. Pohon ini sebenarnya sudah dianugerahi gelar sebagai yang terbesar sejak tahun 1931 dilihat dari faktor saiznya.
Diameternya 1,4 meter di atas tanah adalah 7,7 meter, diameter 18 meter di atas tanah adalah 5,3 meter, diameter 55 meter di atas tanah adalah 4,3 meter, dan ketinggian dahan pertama dari atas tanah adalah sekitar 40 meter.
Yang menariknya, dahan terbesarnya patah pada tahun 2006. Bentuknya seperti huruf “L” menjunam dari kira-kira seperempat ketinggian pohon. Dahan ini mempunyai diameter 2 meter dengan panjang 30 meter dan menghancurkan pagar yang dibuat di sekelilingnya. Meskipun demikian pohon ini masih menjadi makhluk hidup terbesar di muka bumi yang masih hidup.

Tuesday, July 21, 2009

Pangkalan Rahsia Kapal Selam Nuklear











Pangkalan ini telah dibangunkan sekitar tahun 1957-1961 di Balaklava, Soviet (Russia). Pangkalan ini terletak pada kedalaman 126 meter dibawah permukaan tanah dan merupakan tempat perlindungan nuklear bagi 3000 orang pegawai. Pangkalan ini dapat menampung 9 buah kapal selam sekaligus. Pangkalan atau terowong besar ini merupakan tempat rahsia pendaratan dan baik pulih kapal selam bertenaga nuklear milik Soviet Union. Di katakan rahsia kerana kota Balaklava terletak 10 KM sebelah timur Sevastopol di pantai Laut Hitam, yang telah ditutup untuk umum dan dihilangkan dari peta. Namun selepas kejatuhan kerajaan Soviet pada tahun 1996 pangkalan ini telah ditutup, dan sekarang ianya dapat dikunjungi oleh masyarakat umum.

G-CANS : Sistem Banjir & Badai Di Jepun


Sistem yang dibangunkan ini terletak di bawah tanah Megalopolis Tokyo. Sistem ini dibangunkan bagi tujuan menghalang kebanjiran air yang melimpah ke Tokyo. Di bangunkan oleh Japan Institute of Wastewater Engineering Technology (JIWET), terowong raksasa ini dikatakan terdiri daripada paip yang berdiameter 32 m, tiang-tiang setinggi 65 m, yang menhubungkan dengan 64 km terowongan, terletak 50 m dibawah permukaan tanah. Sistem ini dikawal dengan menggunakan turbin-turbin yang berkekuatan 14,000 kuasa kuda (horsepower) yang dapat menampung 200 ton air per saat ke sungai terdekat. Sistem ini hampir sama dengan sistem yang dibangunkan di Malaysia yang kita lebih kenali sebagai terowong SMART.

Monday, July 20, 2009

TULISAN GAMBAR
















LAWAK HANTU

Dua hantu baru saja meninggal sedang berbuak-bual di dalam kubur:
Hantu 1 - Sebab apa kamu mati?
Hantu 2 - Aku mati kesejukan.
Hantu 1 - Bagaimana rasanya mati dalam keadaan beku?
hantu 2 - Tidak terlalu sakit, mula-mula terasa sejuk lalu lama-lama badan mulai beku dan seterusnya tahu-tahu sudah berada di sini. Awak pula kenapa mati?
Hantu 1 - Serangan jantung........ Saya selalu curiga isteri saya menduakan saya. Jadi suatu hari saya balik awal daripada mengacau orang. Saya mendengar suara lelaki lalu saya lari ke bilik dan dapati isteri saya baring di katil, tapi tak ada orang lain. Saya buka almari, pun tak ada orang, saya lai ke dapur tak ada orang. Saya lari ke bilik mandi juga tak ada orang, tiba-tiba saya kena serangan jantung lalu mati.
Hantu 2 - Sayang sekali, cuba kalau waktu itu awak buka saja pintu peti ais, mungkin kita berdua tak mati lagi.

10 AMALAN TERBAIK YANG TERBALIK

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga simatilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

KELEBIHAN SEMBAHYANG

Kebesaran Allah S.W.T
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf didalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini. Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala- gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama- sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.
Dipetik daripada Arab News, 7 Januari (atau Februari) 1987.
Related Posts with Thumbnails