Tuesday, February 23, 2010

Segelas air sahaja


Mesin basuh ini adalah hasil ciptaan seorang genius dari Universiti Leeds di Britain.Mesin basuh ini dapat menjimatkan berjuta-juta gelen air setahun jika digunakan oleh penduduk dunia. Kenapa?


Kerana hanya menggunakan segelas air sahaja untuk mencuci! Kehebatan teknologi dari mesin basuh ini adalah kemampuannya dalam menggunakan butiran-butiran plastik polymer yang dapat menyerap kotoran dalam keadaan yang sangat lembab.


Setelah proses basuhan selesai, butiran plastik ini akan di keluarkan dari mesin basuh secara automatik dan dapat digunakan lagi untuk pencucian yang berikutnya sampai beratus kali!


Teknologi baru ini telah dikembangkan oleh Professor Stephen Burkinshaw dari Universiti of Leeds selama 30 tahun dan dibiayai oleh IP Group.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails