Tuesday, February 23, 2010

BENAK

"Benak" merupakan istilah tempatan negeri Sarawak bagi kejadian air pasang yang berlaku secara tiba-tiba. Ia merupakan satu kejadian semula jadi yang berlaku akibat keadaan dasar sungai yang cetek, di mana permukaan air akan membentuk struktur ombak yang beralun menuju ke bahagian hulu sungai apabila tiba waktu air pasang.
Menurut legenda pada zaman dahulu, seorang wanita Iban di bunuh dan mayatnya dibuang di dalam sungai Batang Lupar. Bapanya pula seorang pahlawan dan terjun ke dalam Sungai Batang Lupar untuk mencari mayat anaknya. Namun demikian, bapanya turut meninggal dunia dan rohnya bertukar menjadi benak. Sehingga ke hari ini, roh @ benak itu masih tercari-cari mayat anaknya.

Kejadian Benak yang berlaku di sungai Batang Lupar merupakan satu-satunya yang masih aktif di Malaysia dan salah satu daripada 56 kejadian benak di seluruh dunia. Benak Batang Lupar bermula di kawasan Pulau Seduku iaitu di bahagian hulu Pekan Lingga dan berakhir kira-kira 30km ke bahagian hulu sungai menghampiri Pekan Engkilili Benak ini akan berlalu pada setiap bulan mengikut tempoh air pasang besar atau "king tide".
Menyedari potensi yang ada pada kejadian alam ini, beberapa inisiatif dan langkah telah diambil oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan lagi persekitaran dan prasarana yang ada di Bandar Sri Aman. Secara tak langsung, keadaan ini telah menyuburkan peluang-peluang ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan terbabit.

Antara langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah memperkenalkan dan menganjurkan Pesta Batang Lupar. Pesta Batang Lupar merupakan program bersepadu antara jabatan dan agensi Kerajaan Negeri / Persekutuan dengan sektor swasta serta NGO`s khususnya yang ada di Bahagian Sri Aman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails