Tuesday, February 23, 2010

Kolam Garam di San Francisco Bay

Jika anda pernah terbang ke San Francisco Bay, pastikan anda mengintai ke luar tingkap untuk melihat sejenak salah satu pandangan berwarna warni dari udara. Sangat sukar untuk mempercayai bahawa penyebab warna-warna ini adalah garam.



Tapak-tapak cantik berwarna ini adalah sebenarnya kolam-kolam penyejatan air masin, tanah bencah ini merupakan tapak pengeluaran garam. Laman web Kite Aerial Photography menerangkan sebab-sebab warna-warna ini terjadi,



Mikroorganisme mewujudkan warna-warna ini , mengubah warna mereka sendiri sebagai respons apabila kemasinan bertambah. Apabila kemasinan mencapai tahap pertengahan, alga hijau berkembang, lalu kolam garam ini bertukar kepada warna hijau. Apabila kemasinan itu semakin meningkat, satu alga dipanggil Dunaliella menghasilkan pigmen merah.



Berjuta-juta udang brin kecil dalam kolam-kolam menyumbang warna jingga untuk air. Bakteria Halophilic seperti Stichococcus juga menyumbang warna merah untuk kemasinan tinggi . Cuaca boleh menjejaskan warna-warna kolam-kolam itu. Bila angin kencang, warna-warna kelihatan lebih gelap. Hujan lebat boleh mencairkan air masin, menyebabkan warna-warna semakin pudar.

http://muhammadsyazwansafwan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails