Asalnya semua yang digunakan adalah berwarna putih yang melambangkan kebersihan. Namun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikannya dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih nyaman di mata.
Walaupun sukar untuk difahami mengapa warna hijau menjadi popular kerana alasan ini, hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat dengan lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah lawan dari warna merah dalam roda warna.
Menurut seorang ahli psikologi, melihat pada warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah dalam melihat benda-benda bewarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah pada masa pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan isyarat warna merah di otak memudarkan sensitivitinya terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, apabila terus-menerus memfokuskan pada warna merah akan menyebabkan ilusi rona berwarna hijau pada latar warna berwarna terang atau putih. Ini akan menggangu penglihatan doktor. Jika warna baju ahli bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudarkannya dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.
No comments:
Post a Comment