Sunday, January 17, 2010

Kubah Kiamat di Kutub Utara


Sebuah bangunan yang sangat kukuh telah dibina di kawasan Kutub Utara bagi tujuan menyimpan biji benih dari seluruh dunia. Bangunan tersebut dikenali sebagai Kubah Kiamat (Doomsday Vault) yang dibina di dalam sebuah gunung salji di Kepulauan Syalbard, Norway 1100 kilometer dari Kutub Utara.

Kubah ini akan berfungsi untuk menyimpan biji benih dari serata dunia. Tujuannya, jika berlaku bencana besar yang melanda dunia, biji benih yang disimpan ini akan menjadi penyelamat manusia untuk terus hidup di bumi ini.

Kerana fungsinya sebagai penyelamat manusia, maka kubah ini diberi nama Kubah Kiamat (Doomsday Vault). Kubah yang berada di kedalaman 1,275 meter ini akan menyimpan ratusan ribu benih dari seluruh dunia. Ruangan di dalamnya dapat menampung 4 hingga 5 juta sampel benih.

Projek pembangunan kubah ini berjaya direalisasikan hasil sumbangan PBB di bawah agensi FAO (Food and Agriculture Organization) dan Biodiversity International yang berpangkalan di Rome Itali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails