1. Kimberley Hole – Afrika Selatan
Lubang Besar Kimberley yang berada di Afrika Selatan telah mencapai kedalaman 1.097 meter dan garis tengah lubang ini adalah 463 meter. Lubang ini adalah yang terbesar yang pernah digali oleh manusia di atas bumi ini. Dari tahun 1866 hingga 1914 (ditutup oleh kerajaan) sebanyak 50,000 pelombong telah menggali lubang ini dan menghasilkan lebih daripada 3 tan berlian. Jumlah tanah yang dibuang oleh pelombong dianggarkan sekitar 22.5 juta tan.
2. Glory Hole – Empangan Monticello,
California
Lubang ini merupakan spillway terbesar di dunia, ianya digunakan apabila air sudah melebihi kapasiti yang dikehendaki dan akan mengurangkannya dengan menyalurkan di lubang ini. Dengan ukuran ini ianya membolehkan 14,400 kubik air disalurkan setiap saat. Lokasi lubang ini berada di Empangan Monticello, California, Amerika Syarikat.
Cuba perhatikan lubang pada bahagian kiri gambar di atas, jika anda melompat ke dalam lubang itu maka anda akan keluar dari pancuran air di bahagian bawah empangan ini seperti di bawah
3. Bingham Canyon Mine – Utah
Lubang ini dibuat oleh manusia untuk perlombongan. Pengalian lubang ini dimulakan pada tahun 1863 dan masih terus digali sampai ke hari ini. Pada saat ini ukuran lubang adalah dengan kedalaman 0.75 batu dan lebar 2.5 batu.
4. Great Blue Hole – Belize
Fenomena alam yang luar biasa ini dikenali sebagai “Blue Hole” yang terletak 60 batu di bahagian daratan Belize. Terdapat banyak “blue hole” di seluruh dunia, tetapi tidak seperti yang ini. Pada permukaan, diameter lubang adalah 0.25 batu, dengan kedalamannya mencapai 145 meter.
5. Mirny Diamond Mine – Serbia
Pada kedalaman 525 meter dan diameter diatasnya sekitar 1200 meter, Lubang ini merupakan zon larangan terbang kerana beberapa helikopter pernah terjatuh kedalam lubang ini.
Panah merah pada gambar di atas menunjukkan sebuah trak besar.
6. Diavik Mine – Kanada
Lubang yang luar biasa ini terletak pada jarak 300 km ke timur laut dari Yellowknife di Kanada. Ini adalah lombong yang sangat besar dan terletak di daerah yang jauh sehinggakan ianya memiliki sebuah bandarnya sendiri dengan mempunyai landasan kapalterbang yang cukup besar untuk menampung sebuah Boeing 737.
Hal ini juga boleh dilihat ketika air di sekililingnya membeku ketika cuaca sejuk.
7. Sink Hole – Guatemala
Pada tahun 2007 terjadi sebuah ‘sink hole’ atau lubang sedalam 300 kaki yang kedalamannya boleh menenggelamkan Patung Liberty.
Sinkhole ini terjadi disebabkan oleh air di dalam bumi yang hilang pada skala besar. Oleh itu, ianya menyebabkan perubahan tekanan dari bawah, ketidakstabilan alam menyebabkan permukaan tanah runtuh ke dalam bumi, dan kejadian ini telah menenggelamkan belasan rumahdan meragut lebih dari 3 orang
.
No comments:
Post a Comment