Saturday, January 16, 2010

ISTANA MATSUMOTO


Istana Matsumoto merupakan antara istana yang terbaik dan paling bersejarah di Jepun. Lokasinya terletak di Kota Matsumoto di Wilayah Nagano.

Istana ini disiapkan pada akhir abad ke-16 dengan menggunakan bahan kayu asli dan batuan di luarannya, Matsumoto merupakan istana daratan kerana tidak dibangunkan di atas bukit atau di tengah-tengah sungai.

Istana ini dibangunkan untuk dijadikan benteng pertahanan semasa tercetusnya perang. Pada tahun 1550, daerah Matsumoto diletakkan di bawah pengaruh atau kekuasaan Takeda dan Tokugawa Leyasu. Ketika zaman Toyotomi Hideyoshi, beliau telah memindahkan Leyasu ke Wilayah Kanto, ia kemudiannya menempatkan Ishikawa Norimasa untuk memimpin Matsumoto. Norimasa dan anak-anaknya telah membangunkan menara dan membina beberapa bahagian lain di dalam istana ini.Istana ini juga dikenali dengan sebutan istana gagak kerana dindingnya yang berwarna hitam dan atapnya menyerupai sayap gagak yang dikepakkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails