Wednesday, December 23, 2009

Persamaan Tragedi Antara Dua Presiden

Abraham Lincoln & John F. Kennedy


Abraham Lincoln memasuki kongres Amerika pada tahun 1846.
John F. Kennedy memasuki kongres Amerika pada tahun 1946.
Abraham Lincoln dipilih menjadi Presiden tahun 1860.
John F. Kennedy dipilih menjadi Presiden tahun 1960.
Kedua-duanya sangat mengambil berat hak-hak sivil.
Kedua-dua isteri mereka kehilangan anak semasa di Rumah Putih.
Kedua-dua Presiden ini ditembak pada hari Jumaat.
Kedua-dua Presiden ini ditembak di kepala.
Setiausaha Lincoln bernama Kennedy.
Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.
Kedua-dua Presiden ini dibunuh oleh orang dari daerah selatan Amerika.
Kedua-duanya digantikan oleh orang dari selatan Amerika yang bernama Johnson.
Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln dilahirkan pada tahun 1808.
Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy dilahirkan pada tahun 1908.
John Wilkes Booth yang membunuh Lincoln dilahirkan pada tahun 1839.
Lee Harvey Oswald yang membunuh Kennedy dilahirkan pada tahun 1939.
Kedua-dua pembunuh ini terkenal dengan tiga namanya.
Nama kedua-duanya terdiri dari 15 huruf.
Lincoln ditembak di teater bernama ‘Ford’.
Kennedy ditembak semasa menaiki kereta ‘Lincoln‘ yang dibuat oleh ‘Ford.’
Lincoln ditembak di tempat teater dan pembunuhnya bersembunyi di gudang.
Kennedy ditembak dari sebuah gudang dan pembunuhnya bersembunyi di tempat teater.
Booth dan Oswald meninggal dunia sebelum dijatuhi hukuman.
Seminggu sebelum Lincoln ditembak, dia berada di Monroe, Maryland
Seminggu sebelum Kennedy ditembak, dia bersama Marilyn Monroe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails