Manusia yang berjaya akan
memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang
lain.
* Kegagalan bermakna bahawa anda
belum berjaya lagi.
* Ingatlah bahawa anda boleh gagal
dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
* Kegagalan bukan bermakna anda
tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
* Wang bukanlah segala-galanya,
namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
* Ramai orang yang masih bergantung
kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba
kerja lain.
* Kesilapan adalah bukti bahawa
seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
* Kesilapan mengajar kita tentang
apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
* Apa yang anda pelajari selepas
kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
* Anda tidak gagal. Anda hanya
menemui cara yang tidak berkesan.
* Kesilapan adalah realiti kehidupan
yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
* Jika anda inginkan sebuah tempat
di matahari, bersedialah untuk terbakar.
* Anda tidak harus berkata KENAPA
SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
* Malah kesilapan pun mungkin
menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
* Sekiranya anda mahu mengambil
seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
* Kegagalan bukan bermakna anda
tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu
mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
* Sekiranya kita bersaing dengan
diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?
Fikirkanlah! .
* "Lulus" dan
"Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang. Cara baru ialah
"pengetahuan" dan"Kejahilan" .
* Jangan takut dan segan untuk
setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
* Mungkin tiada kegagalan bagi orang
yang terus berjuang.
* Ramai orang mencari tempat yang
selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
* Impian yang tidak terlaksana
adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
* Tiada siapa yang berha mengecap
anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
* Sekiranya anda menemui sebuah
laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
* Kesilapan-kesilapan memberitahu
kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
* Apabila anda telah sampai ke
penghujung tali……dan tiada lagi simpulan untuk bergantung.. ….lompatlah ke tali
yang lain.
* Kegagalan hanyalah satu peluang
untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
* Orang yang kurang berani untuk
memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
* Kita tidak mungkin dapat
mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
* Cara yang terbaik untuk belajar
untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah
atau tewas dalam sesuatu pertandingan, perbuatan atau sebagainya.
* Kegagalan dalam hidup adalah
menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
* Sekali gagal, tidak bermakna anda
telah tewas,…..anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
* Hanya orang yang berani GAGAL
DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia
mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
* Kesilapan adalah sebahagian
daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
* Hadiah paling berharga hanya
diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur
atau merungut atau berputus-asa.
* Setiap orang mempunyai keazaman
yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam
usaha tersebut.
* Orang yang kalah membayangkan
hukuman bagi kegagalan. Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap
kejayaan.
* Terseradung bukannya terjatuh.
* Sekiranya anak-anak diasuh untuk
takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan, mereka tidak akan
menjadi orang berani kelak.
* Dalam percubaan-percubaan yang
hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
* Jika pada awalnya anda tidak
berjaya, cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam
tong sampah.
* Apabila anda kaya, fikirkanlah
saat-saat anda pernah miskin dahulu.
* Kita memerlukan kegelapan untuk
melihat bintang.
* Hidup adalah satu kesilapan yang
berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
* Salah satu kesilapan besar yang
boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan
kesilapan.
* Jangan berputus-asa kerana
biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
* Sekiranya anda mengalami kegagalan
lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
* Kesilapan demi kesilapan membawa
seseoarang menemui kebenaran hakiki.
* Perkara paling penting apabila
berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan
perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari- apa
silapnya.
* Kesulitan menyerlahkan sifat
sebenar manusia.
* Pada pendangan saya,sekiranya anda
mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
* Saya boleh menerima kegagalan
kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara tetapi saya tidak boleh
menerima orang yang tidak berani mencuba.
* Anda bukannya gagal.Anda hanya
tidak tahu beberapa perkara lagi.
* Satu kesalahan tidak akan menjadi
kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
* Kegagalan tidak menjadikan anda
seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
* Saya tidak membahagikan dunia
kepada yang lemah dan gagah, atau yang berjaya dan gagal, juga bukan di antara
yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya. Saya membahagikan dunia kepada
mereka yang belajar dan tidak belajar.
* Perasaan takut untuk melakukan
kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan
kehebatan dalam diri sendiri.
* Setiap kegagalan adalah suatu
pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak
pernah dicuba sebelum ini.
* Jangan katakan kegagalan itu
kesilapan. Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
* Anda tidak akan mengetahu tentang
diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan
kesilapan.
* Janganlah takut untuk mengakui
kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini
berbanding dengan semalam.
* Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh
mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak
boleh dilakukan.
No comments:
Post a Comment