Raya Haji atau raya korban baru jea lepas dan masih baru (27 nov 2009)..kemeriahannya masih lg terasa...terutamanya mase makan.. mesti ade masakan yg berasaskan daging.. sup tulang, daging goreng, masak pedas n mcm2...smpai bau dging pon xleh trima dan apatah lg lidah, makan emmm jauh skali... tapi begitulah saban tahun. sampai jea raya haji mesti di dapur masakan daging akan jadi masakan wajib...
Bagi orang seperti kita mungkin masakan berasaskan daging dah jd makanan biasa yang bleh dibeli bila2 masa. tapi mungkin dalam kita x sedari ramai lg insan yg seagama tidak senasib mcm kita.. kedatangan raya haji ditunggu2...kerana pada masa inilah baru mereka dapat rasa makan masakan berasaskan daging, yang menjadi makanan sagnt mewah bagi mereka.
Kalau hari2 biasa, mungkin makanan mereka hanya nasi berlaukan sayur atau mungkin juga terpaksa menahan lapar..mungkin kita lupa kesusahan mereka...dan kalaupun kita mampu mungkin x terpikir untuk membantu mereka. tapi sempena hari raya korban ini.. rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t ini sepatutnya digunakan sedikit untuk membantu insan seagama ini.. semoga apa yang kita korbankan ini bukan sahaja dapat membantu mereka, tetapi pada masa yg sama dapat menyucikan diri dan hati kita..
Semoga pengorbanan yang kita lakukan ini akan menjadi satu cara untuk mendidik dan menginsafi diri kita yg telah diberi sedikit kelebihan berbanding insan laen yang serba kekurangan.
No comments:
Post a Comment