Thursday, December 3, 2009

Kita berbudi kita akan dapat jasa..

Mungkin korang pernah dengar pepatah ini "Orang berbudi kita berbahasa". yang bermaksud jika orang membantu kita dan kemudian kita membalasnya... tapi bagaimana kalau kita letakkan status kita sebagai 'orang yang membantu dan bukannya 'orang yang dibantu'...kerana dalam islam sendiri telah mengatakan bahawa 'Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerimanya...

Apabila kita menjadi 'tangan yang memberi' pastinya akan mendapat balasan yang baik... dengan syarat ianya ikhlas dan bukan nk menunjuk-nunjuk...mungkin kita akan mengalami sedikit kerugian, kerana memberi hak kita kepada orang lain... tapi sebagai orang islam kita percaya akan balasan yang baik dan setimpal dengan apa yang telah kita berikan.

Contoh yang paling mudah apabila kita membantu orang yang dalam kesusahan, mugkin suatu ari nanti bila kita ditimpa kesusahan akan ada orang yang membantu kita...disini bermaksud segala apa yang berlaku akan mendapat balasannya... jika baik yang kita buat, maka baikla balasannya dan begitu juga sebaliknya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails