Monday, June 21, 2010
WHY THE JEWS SO SMART
“Why the jews so smart”
Dr. Stephen Carr LEON.
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah 'S……' tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Irfan Khairi : Jutawan Muda
DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.
Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal 30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet. Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.
Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur, tetapi juga medan untuk 'membuat duit'.
Bukan 'membuat duit' seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan. Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet.
Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang reka bentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan mereka bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk seperti buku dan peta Malaysia.
"Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja," kata Irfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik menerusi perniagaan Internet.
"Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang cara ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat tempahan datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari Amerika Syarikat, Jepun dan Australia," kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini.
Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet ibarat tidak boleh dipisahkan. Dalam milikannya sahaja, ada lima buah komputer.
Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar masa di rumah dan hanya menghadap komputer untuk mengakses Internet. Adakah ia sesenang yang disangka?
Irfan menegaskan: "Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan goyang kaki sahaja."
Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya, dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan grafik dan sebagainya.
"Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar dapat tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet.
"Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 ke atas sehari."
Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran akan potensi perniagaan Internet pada masa ini.
"Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 sehari itu ketika perniagaan melalui Internet belum berkembang. Pada masa itu, pengguna Internet hanya 500 juta orang.
"Tetapi kini pengguna Internet adalah 1.3 bilion dan sudah tentu perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang besar buat pengusahanya.
"Lagi pula, sekarang perniagaan atau urusan juga sudah semakin sebati dengan Internet. Bayar saman pun sudah boleh secara dalam talian," katanya sekali gus berbicara soal potensi perniagaan Internet.
Pada masa ini, Irfan mempunyai lima buah laman web antaranya rahsiainternet.com, ideabubble.com dan slash.com.my.
Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segi bekerja di rumah dan kos yang rendah.
"Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar sewa tapak, mungkin RM1,000 sebulan. Namun untuk perniagaan Internet anda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin bayaran penggunaan Internet, telefon dan elektrik.
"Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Saya pun tidak ada orang gaji," kata lelaki yang sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini.
Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh dikatakan, dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu.
Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan mewah seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai milikannya.
"Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak," katanya.
Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi tanpa minat yang mendalam dan dorongan motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur 18 tahun lagi.
Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi.
Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan pengajian multimedia di Britain.
"Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat duit," katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan televisyen.
"Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya.
"Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan khalayak tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau merasa produk kita. Mereka hanya boleh melihat fotonya di monitor komputer," ujarnya.
Rahsia Kekayaan Syed Mokhtar Albukhary
Semua sudah sedia maklum siapakah tokoh Maal Hijrah pada kali ini. Insan yang dimaksudkan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Menurut laporan Forbes bulan Oktober 2007, beliau kini berada di ranking 754 senarai billionaire dunia. Di Asia Tenggara ke-27 (2005). Berada di tangga ke-7 dalam Malaysia dan seterusnya menjadi orang Melayu/Muslim terkaya di Malaysia.
Beliau terpilih menerima pengiktirafan itu berikutan statusnya sebagai insan muslim terkaya di Malaysia serta jasa yang ditaburnya melalui Yayasan Albukhary. Yayasan ini ditubuhkan bagi membantu pelajar miskin bukan saja dalam negara malah di luar negara, serta baktinya dalam meningkatkan syiar Islam seperti pembinaan Muzium Kesenian Islam dan pembinaan masjid di seluruh negara.
Tentu ramai yang terfikir apakah rahsia beliau sehingga berjaya menjadi tycoon walaupun berasal dari keluarga yang miskin dan serba kekurangan.
Syed Mokhtar yang pertama kali berkongsi rahsia kejayaannya secara terbuka di dalam akhbar Harian Metro. Antara rahsia beliau ialah selalu amalkan sikap suka menderma dan bersedekah. Berikut adalah antara intipati dari artikel akhbar tersebut serta ulasan peribadi saya.
Beliau berkata, sepanjang 40 tahun terbabit dalam bidang perniagaan bermula dari tahun 60-an, beliau sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat, supaya memberi separuh daripada pendapatan untuk membantu keluarga miskin.
“Ketika dapat gaji pertama sebanyak RM1,500 sewaktu usia 25 tahun, ibu saya kata RM750 guna untuk adik-adik dan RM750 lagi disedekahkan kepada 15 keluarga miskin dalam kawasan kampung saya.
“Daripada situ jiwa saya dah dibentuk oleh ibu untuk membantu golongan susah yang memerlukan bantuan.
Sifat dermawan selain dituntut agama Islam (tangan di atas lebih mulia dari tangan di bawah), konsep yang sama turut disarankan dalam The Secret. 'Give Money to Get Money'. Robert Kiyosaki juga memiliki falsafah yang sama. 'If I want money, so I give the money, so it will comes back in multiples' . Begitulah betapa besarnya kuasa memberi.
Selain suka menderma wang ringgit beliau turut suka membantu pelajar miskin. Beliau terdorong untuk membantu meningkatkan kemampuan pelajar miskin selepas dirinya sendiri tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Saya tumpukan memberi bantuan kepada pelajaran sebab diri saya tak ada peluang, saya nak bayar duit yuran peperiksaan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun tak ada duit dan saya tak dapat nak lanjut pelajaran, sampai tingkatan lima saja.
“Sebab itu, bila saya tak dapat peluang, saya rasa peluang itu perlu diberikan kepada orang yang tak ada kemampuan.” katanya.
Apa yang dilakukan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ini bertepatan dengan apa yang disarankan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW supaya membantu golongan yang ingin menuntut ilmu.
Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan Al-Hakim,dari Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi mengatakan barangsiapa yang membantu orang yang menuntut ilmu maka akan ditambah rezekinya.
Nampaknya Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary memang telah mengamalkan apa yang diketengahkan oleh The Secret dan juga ajaran agama kita. Itulah RAHSIA utama beliau. Oleh itu tidak hairanlah bagaimana beliau boleh menjadi apa yang beliau jadi sekarang.
Thursday, June 17, 2010
9 Melayu antara 40 terkaya di Malaysia
KUALA LUMPUR: Bilangan hartawan Melayu dalam senarai '40 Individu Paling
Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini meningkat kepada sembilan
berbanding lapan tahun lalu dengan nilai aset terkumpul mereka mencecah
AS$2.603 bilion (RM9.132 bilion). Nilai aset terkumpul itu bagaimanapun 28.88
peratus lebih rendah berbanding AS$3.65 bilion (RM12.84 bilion) tahun lalu dan
hanya mewakili 7.15 peratus kekayaan terkumpul semua individu dalam senarai 40
orang paling kaya Malaysia itu yang berjumlah AS$36.41 bilion (RM127.74
bilion).
Usahawan terkemuka, Tan Sri Syed
Mokhtar AlBukhary dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim
terus mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai orang Melayu paling kaya dan
kedua paling kaya tahun ini.Turut mengekalkan kedudukan adalah Pengerusi
Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir pada tempat
ke-3 dan Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun
tempat ke-4. Syed Mokhtar mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion),
manakala Azman AS$470 juta (RM1.65 bilion). Walaupun kekayaan Syed Mokhtar
dan Azman masing-masing susut daripada AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) dan AS$700
juta (RM2.46 bilion) tahun lalu, mereka mengekalkan kedudukan di tempat ke-8
dan ke-11 dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.
Mokhzani dan Kamarudin pula masing-masing memperbaiki kedudukan dari tempat
ke-20 dan ke-21 tahun lalu kepada ke-16 dan ke-19 tahun ini. Peningkatan itu di
sebalik penurunan nilai kekayaan masing-masing daripada AS$290 juta (RM1.02
bilion) kepada AS$215 juta (RM754.29 juta) dan AS$280 juta (RM982.34 juta)
kepada AS$205 juta (RM719.21 juta) tahun ini. Tiga hartawan Melayu baru yang
memasuki senarai tahun ini ialah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Bhd, Tan
Sri Rozali Ismail pada tangga ke-31; Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise
Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir di tangga ke-37 dan Ketua
Eksekutif Ranhill Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad di tangga ke-38. Nilai
aset ketiga-tiga individu itu masing-masing berjumlah AS$130 juta (RM456.08
juta), AS$100 juta (RM350.83 juta) dan AS$98 juta (RM343.82 juta). Dua hartawan
Melayu lain yang turut berada dalam senarai itu ialah Pengarah Eksekutif
Westports, Ahmayuddin Ahmad di tempat ke-25 dengan nilai kekayaan AS$175
juta (RM613.96 juta) dan Pengarah Gamuda Bhd, Raja Datuk Seri Eleena Raja
Azlan Shah di tempat ke-35 dengan nilai kekayaan AS$110 juta (RM385.917
juta). Bagaimanapun, Pengerusi Naim Cendera Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamed
Sepawi dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak masing-masing berada
di tempat ke-30 dan ke-40 tahun lalu terkeluar daripada senarai '40 Paling Kaya
di Malaysia' tahun ini.
Sementara itu, peneraju Kumpulan
Kuok, Tan Sri Robert Kuok dan ahli perniagaan Ananda Krishnan mengekalkan
kedudukan sebagai rakyat Malaysia paling kaya. Kekayaan Kuok adalah AS$9
bilion, turun daripada AS$10 bilion tahun lalu, manakala Ananda pula AS$7
bilion, turun daripada AS$7.2 bilion. Kuok dan Ananda juga adalah orang paling
kaya di Asia Tenggara. Rakyat Malaysia ketiga paling kaya pula ialah Pengerusi
Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan AS$3.2 bilion, turun
daripada AS$5.5 bilion tahun lalu. Forbes Asia dalam kenyataannya berkata,
jumlah terkumpul kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia AS$36 bilion bagi
tahun ini merosot 22 peratus berbanding AS$46 bilion tahun lalu sejajar
kejatuhan 21 peratus pasaran saham tempatan dan penurunan 10 peratus nilai
ringgit berbanding dolar AS. Katanya, pengiraan nilai kekayaan individu dalam
senarai itu dibuat berdasarkan harga saham syarikat yang dikuasai dan kadar pertukaran
mata wang daripada 15 Mei lalu. Bagi aset yang tidak disenaraikan pula, ia
menggunakan maklumat daripada firma biro kredit BRIS Information Services Sdn
Bhd (BRIS) dan sumber lain untuk membuat anggaran nilainya jika aset itu
disenaraikan di Bursa Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)