Friday, January 8, 2010

Most Expensive Car in the World

If your passion for performance and luxury autos cannot be stopped, and your McLaren F1 is becoming a bore with the rest of your exotic cars, it might be time to check out the long awaited Veyron from Bugatti. At around $1.25 million, it is the most expensive car ever made. So what car value do you get for all that money?

This is not your typical luxury car. How about a W-16 (essentially two narrow-angle V-8s sharing a crankshaft) with four turbochargers generating 1001 hp, throw in all-wheel drive and you’ve got a seriously fast car.
The Bugatti Veyron 16.4 hits 60 mph in 2.5 secs., does the quarter-mile in 10.5 secs. and reaches its top speed of 252 mph in just 55 secs. After a long absence from the market Bugatti (with a little help from parent company Volkswagen) has reclaimed its title as the ultimate performance car and reigns supreme as the world’s most expensive car in production.

Buat Suami Dan Bakal Menjadi Suami

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

Oleh:http://intim.wordpress.com/renungan/

Freedom Ship

Inilah Ilustrasi sebuah kapal persiaran yang dinamakan “Freedom Ship”. Jika ia berjaya direalisasikan, ianya akan menjadi kapal yang terbesar di dunia. Boleh juga kita gelarkan bandar terapung yang mewah.

Bayangkan 25 bangunan tinggi sepanjang 1 kilometer yang disusun sebaris di New York dan kemudian bayangkan lagi semua itu terapung di atas air.

"Freedom Ship mempunyai sedikit persamaan dengan kapal persiaran biasa Cuma saiznya yang berlipat kali ganda lebih besar. Tapi bagaimana jika kapal super raksasa ini ditujukan untuk satu perjalanan pelayaran bagi mengelilingi dunia, ianya dapat menyelesaikan satu putaran bumi setiap 3 tahun? Bahkan ada sesetengah pemerhati mengatakan ini merupakan sebuah ‘negara baru’ yang merdeka cuma ianya terapung!

Ini akan menjadikan "Freedom Ship" sebuah projek buatan manusia yang terbesar di dunia. Namun dengan projek yang super mega ini mungkin peluangnya untuk menjadi kenyataan hampir mustahil, dengan kos, tenaga kerja, dan kepakaran, ianya akan menjadi sangat sukar untuk direalisasikan buat masa ini.
Walaubagaimanapun perancangan dan impian ini boleh dilihat melalui gambaran ini, dan mungkin suatu hari nanti ianya akan menjadi kenyataan…

Sunday, January 3, 2010

Kuil Taktshang

Taktshang atau Tiger Nest Monestry (Biara Sarang Harimau) adalah Biara yang paling terkenal di Bhutan. Berdiri Kukuh pada batu karang pada ketinggian 3120 meter ( 10200 kaki) atau sekitar 700 meter ( 2300 kaki) di atas Lembah Paro.
Nama "Tiger Nest" yang bererti " Sarang harimau", berasal dari legenda Padmasambhava ( Guru Rinpoche) yang terbang kesana dengan seekor harimau.


Biara yang meliputi tujuh kuil yang semua boleh dikunjungi. Biara ini pernah terbakar dan telah mengalami kemusnahan. Pendakian ke biara adalah dengan berjalan kaki atau menggunakan keldai.


Kuil yang terletak di tepian lembah Paro ini tidak boleh dilalui dengan kenderaan. Bila anda ingin berkunjung kesana anda perlu mendakinya…Anda sanggup?
Related Posts with Thumbnails