Sunday, January 3, 2010

Kuil Taktshang

Taktshang atau Tiger Nest Monestry (Biara Sarang Harimau) adalah Biara yang paling terkenal di Bhutan. Berdiri Kukuh pada batu karang pada ketinggian 3120 meter ( 10200 kaki) atau sekitar 700 meter ( 2300 kaki) di atas Lembah Paro.
Nama "Tiger Nest" yang bererti " Sarang harimau", berasal dari legenda Padmasambhava ( Guru Rinpoche) yang terbang kesana dengan seekor harimau.


Biara yang meliputi tujuh kuil yang semua boleh dikunjungi. Biara ini pernah terbakar dan telah mengalami kemusnahan. Pendakian ke biara adalah dengan berjalan kaki atau menggunakan keldai.


Kuil yang terletak di tepian lembah Paro ini tidak boleh dilalui dengan kenderaan. Bila anda ingin berkunjung kesana anda perlu mendakinya…Anda sanggup?

Monday, December 28, 2009

Nak Bercuti?

Bersempena dengan cuti hujung tahun ini mugkin kita dah berkira-kira untuk memilih satu tempat percutian yang menarik sama ada di dalam atau luar negara. Namun bagi sesiapa yagng ingin bercuti dan pada masa yang sama anda sangat berani, dipersilakan untuk mencuba aktivit-aktiviti ini...Ingat kepada sesiapa yang berani sahaja, dan bukan menghidap masalah jantung..harap maklum..







Wednesday, December 23, 2009

Terowong Selat


Terowong Selat (Bahasa Inggeris: Channel Tunnel, bahasa Perancis: le tunnel sous la Manche) merupakan satu terowong kereta api sepanjang 51.5 km (31 batu) di bawah Selat Inggeris di Selat Dover. Ia menyambungkan Folkestone, Kent di England dengan Coquelles dekat Calais di utara Perancis.

Terowong ini merupakan satu projek mega lama dan mahal yang terhenti beberapa kali, sebelum akhirnya siap pada 1994. Ia merupakan terowong kereta api kedua terpanjang di dunia, cuma Terowong Seikan di Jepun lebih panjang, namun bahagian bawah lautnya sepanjang 39 km (24 batu) adalah terowong bawah laut terpanjang di dunia. Terowong ini dijalankan oleh Eurotunnel.

Persamaan Tragedi Antara Dua Presiden

Abraham Lincoln & John F. Kennedy


Abraham Lincoln memasuki kongres Amerika pada tahun 1846.
John F. Kennedy memasuki kongres Amerika pada tahun 1946.
Abraham Lincoln dipilih menjadi Presiden tahun 1860.
John F. Kennedy dipilih menjadi Presiden tahun 1960.
Kedua-duanya sangat mengambil berat hak-hak sivil.
Kedua-dua isteri mereka kehilangan anak semasa di Rumah Putih.
Kedua-dua Presiden ini ditembak pada hari Jumaat.
Kedua-dua Presiden ini ditembak di kepala.
Setiausaha Lincoln bernama Kennedy.
Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.
Kedua-dua Presiden ini dibunuh oleh orang dari daerah selatan Amerika.
Kedua-duanya digantikan oleh orang dari selatan Amerika yang bernama Johnson.
Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln dilahirkan pada tahun 1808.
Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy dilahirkan pada tahun 1908.
John Wilkes Booth yang membunuh Lincoln dilahirkan pada tahun 1839.
Lee Harvey Oswald yang membunuh Kennedy dilahirkan pada tahun 1939.
Kedua-dua pembunuh ini terkenal dengan tiga namanya.
Nama kedua-duanya terdiri dari 15 huruf.
Lincoln ditembak di teater bernama ‘Ford’.
Kennedy ditembak semasa menaiki kereta ‘Lincoln‘ yang dibuat oleh ‘Ford.’
Lincoln ditembak di tempat teater dan pembunuhnya bersembunyi di gudang.
Kennedy ditembak dari sebuah gudang dan pembunuhnya bersembunyi di tempat teater.
Booth dan Oswald meninggal dunia sebelum dijatuhi hukuman.
Seminggu sebelum Lincoln ditembak, dia berada di Monroe, Maryland
Seminggu sebelum Kennedy ditembak, dia bersama Marilyn Monroe.
Related Posts with Thumbnails