Arah Qiblat boleh disemak dengan
tepat ketika Istiwa A'zam
Penentuan
arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah
solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan
kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.
Alhamdulillah,
setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan
matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa
A’zam (Istiwa Utama).
Alhamdulillah,
dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh
muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat
dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…
Bilakah
Istiwa A’zam berlaku?
Di Malaysia, waktu berlakunya
fenomena ini ialah pada:
- 28 MEI
setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
- 16 JULAI
setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
Ihsan Falak Online
Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?
Sebelum
- Pastikan jam yang selalu dibuat
rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk
menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau
boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau
radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk
mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut
waktu piawai yang betul.
- Cari objek lurus yang keras
seperti batang kayu, tiang atau pen.
- Pacakkan objek tersebut secara
menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
- Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek
tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
- Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari
kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak
terlindung.
- Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
- Perhatikan bayang-bayang yang
terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
- Arah qiblat adalah arah yang
bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di
atas)
- Tandakan arah qiblat.
Selepas.
- Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
- Bersyukurlah kepada ALLAH
subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa
arah qiblat melalui kaedah ini.
- Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke
arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan
perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil
manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…
No comments:
Post a Comment