Sunday, January 17, 2010

Most Expensive Jeans


The popular worker’s denim trousers have become modern day fashion and status symbols. Designer jeans come in and out of popularity but in early 2000’s, expensive jeans started coming back into fashion with brands such as APO Jeans, Chip and Pepper, Paper Denim & Cloth, Seven for All Mankind, True Religion and many other brands costing $200 or more per pair.
The Guinness Book of Records lists a pair of Gucci genius jeans featuring elaborate feathers, beads, rips and buttons as most expensive jeans off-the-rack at a cost of $3,134.
But recently Forbes has showcased Escada’s Swarovski crystal-encrusted expensive jeans which sell for $10,000 US.
Levi Strauss Company bid $46,532 to buy a pair of their own brand of jeans back on the popular auction site eBay. However, the most expensive jeans were an average pair of 501 jeans manufactured in the 1880s and purchased by a Japanese collector in 2005 for $60,000.

Kubah Kiamat di Kutub Utara


Sebuah bangunan yang sangat kukuh telah dibina di kawasan Kutub Utara bagi tujuan menyimpan biji benih dari seluruh dunia. Bangunan tersebut dikenali sebagai Kubah Kiamat (Doomsday Vault) yang dibina di dalam sebuah gunung salji di Kepulauan Syalbard, Norway 1100 kilometer dari Kutub Utara.

Kubah ini akan berfungsi untuk menyimpan biji benih dari serata dunia. Tujuannya, jika berlaku bencana besar yang melanda dunia, biji benih yang disimpan ini akan menjadi penyelamat manusia untuk terus hidup di bumi ini.

Kerana fungsinya sebagai penyelamat manusia, maka kubah ini diberi nama Kubah Kiamat (Doomsday Vault). Kubah yang berada di kedalaman 1,275 meter ini akan menyimpan ratusan ribu benih dari seluruh dunia. Ruangan di dalamnya dapat menampung 4 hingga 5 juta sampel benih.

Projek pembangunan kubah ini berjaya direalisasikan hasil sumbangan PBB di bawah agensi FAO (Food and Agriculture Organization) dan Biodiversity International yang berpangkalan di Rome Itali.

Saturday, January 16, 2010

Bila dah ketagih

Di zaman yang serba moden ini, keperluan Komputer & internet sangat penting. Boleh dikatakan pembangunan kemudahan komputer & internet telah dipertingkatkan ekoran permintaan yang tinggi dari seluruh dunia. Kelebihan dan kepelbagaian yang ada pada komputer & internet telah menjadikannya satu fenomena baru pada hari ini. Namun kadang-kadang penggunaanya tidak kena pada tempat dan masanya. Seperti mereka-mereka ini.

ISTANA MATSUMOTO


Istana Matsumoto merupakan antara istana yang terbaik dan paling bersejarah di Jepun. Lokasinya terletak di Kota Matsumoto di Wilayah Nagano.

Istana ini disiapkan pada akhir abad ke-16 dengan menggunakan bahan kayu asli dan batuan di luarannya, Matsumoto merupakan istana daratan kerana tidak dibangunkan di atas bukit atau di tengah-tengah sungai.

Istana ini dibangunkan untuk dijadikan benteng pertahanan semasa tercetusnya perang. Pada tahun 1550, daerah Matsumoto diletakkan di bawah pengaruh atau kekuasaan Takeda dan Tokugawa Leyasu. Ketika zaman Toyotomi Hideyoshi, beliau telah memindahkan Leyasu ke Wilayah Kanto, ia kemudiannya menempatkan Ishikawa Norimasa untuk memimpin Matsumoto. Norimasa dan anak-anaknya telah membangunkan menara dan membina beberapa bahagian lain di dalam istana ini.Istana ini juga dikenali dengan sebutan istana gagak kerana dindingnya yang berwarna hitam dan atapnya menyerupai sayap gagak yang dikepakkan.

Related Posts with Thumbnails