Tuesday, January 12, 2010

Seni Lukisan Gambar






Hikmah Ayat Seribu Dinar




Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini merupakan ayat seribu dinar, ayat ini telah diamalkan oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jika di amalkan tiap-tiap kali selepas sembahyang iaitu sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang mengamalkan ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jika dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jika mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman oleh orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Sunday, January 10, 2010

Hotel unik

Anda ingin melancong dan mencari tempat penginapan yang menarik, unik & mungkin mendebarkan, rasanya saya boleh membantu. apa kata anda menginap disini...



Pisau Lipat Swiss Army

Pisau lipat yang memegang rekod dunia dalam Guinness World Record untuk “The Most multifunctional Penknife” ialah Pisau lipat Swiss Army. Pisau ini mempunyai 87 alat yang dilekatkan bersama.

Di cipta oleh Wenger, Crafters of Genuine Swiss Army Knives sejak 1893 dibuat daripada besi stales steel dari Delemont, Switzerland yang mempunyai kualiti antarabangsa. Pisau ini berharga $ 1,400.00. Mahalkan?...tapi telah habis ditempah.
Related Posts with Thumbnails