Disebabkan itu, perokok bolehlah bertukar kepada rokok yang berelektronik. Pelik bukan, rokok pun boleh dibuat secara elektronik. Jadi ia bolehlah dikatakan sebagai gajet rokok elektronik. Rokok elektronik atau dikenali E-cigarette adalah produk berteknologi tinggi yang dihasilkan untuk perokok merokok dengan lebih selamat. Rokok elektronik tidak memiliki kandungan tar, karbon monoksida dan bahan kimia yang menyebabkan kanser.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvo9p3YNLb242P6vkfRFB1w2QBeXWInVb4lr7zeX5-xI9TNr_VgcaD2128UfZaZzCYXSVnZDgqgfQ6pEXiBM3G1sH0GOKMZ7N-Y-EelXOiGvUsB-Zp7nsdJTzZq2-hd0NsXoRDlzNAz3s/s400/r1.jpg)
Rokok elektronik tidak memerlukan pemetik api untuk di hidupkan. Perokok hanya perlu menghisap rokok elektronik dan secara automatik komponen elektronik didalamnya akan dihidupkan. Kelebihannya adalah perokok boleh menghisap rokok elektronik ini di mana-mana sahaja kerana ia tidak mengeluarkan asap yang merbahaya. Malahan boleh juga menghisap di kawasan larangan merokok kerana belum ada kawasan untuk larangan merokok rokok elektronik.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXz-o37-zVz170xGzPKJHScMYyUlyIBHsuuD9CDJOQ3cT9Zyo7L3niQ33kvjX8q6ekTzOGe0avz8nnGQIENDGb-_lKpflFHsKuih8MG3zQ3boLeNBNTfTfl782d4g5E2mX1wTpaVFTDZI/s400/r2.jpg)
Bagaimana rokok elektronik ini berfungsi?
Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.
Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika di hisap.
No comments:
Post a Comment