Monday, May 18, 2009

KENAPA ISLAM MENGHARAMKAN KHINZIR

Pengharaman babi sememangnya telah lama terjadi sejak zaman nabi Nuh sebab babilah yang makan najis haiwan-haiwan yang berada atas kapal nabi Nuh a.s.Sampai sekarang,babi masih makan najis tidak kiralah betapa bersihnya cara orang yang menjaga ternakan babi tu. Ayat-ayat yang mengharamkan kita makan babi adalah seperti berikut: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, DAGING BABI dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Sesungguhnya orang-orang yang MENYEMBUNYIKAN (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan KITAB SUCI yang telah diturunkan oleh Allah dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api Neraka dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat dan Dia tidak membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(Al-Baqarah:2:173-174) Dalam ayat-ayat tersebut,Allah menempatkan daging babi bersama segala yang diharamkan kita memakannya.Kemudian,Allah mengaitkan dengan golongan yang menyembunyikan(menukar atau mengubah) keterangan ayat-ayat Kitab suci yang telah diturunkan kerana dalam Taurat telahpun diharamkan babi kepada Bani Israel seperti yang telah dijelas dalam Al-An`am: Dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi segala binatang yang berkuku dan dari lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya, kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka dan sesungguhnya Kamilah yang benar.(Al-An`am:146) Pengharaman ini masih kekal dalam Taurat iaitu: Dan lagi BABI, karena sungguhpun kukunya terbelah dua,ia itu bersiratan kukunya, tetapi ia tiada memamah biak, maka haramlah ia kepadamu. Janganlah kamu makan dari pada dagingnya dan jangan pula kamu menjamah bangkainya, maka haramlah ia kepadamu.(Imamat:11:7- Ayat pengharaman babi ini diulangi oleh Tuhan dalam Kitab Ulangan:14:7-8 dengan perkataan yang sama.Hukuman Tuhan kepada sesiapa yang memakan babi adalah dijelaskan seperti berikut dalam Kitab Yesaya. Karena dengan api dan dengan pedang-Nya Tuhan akan memutuskan hukum atas segala manusia; maka besarlah kelak bilangan segala orang yang dibunuh oleh Tuhan!Yaitu orang yang menyucikan dirinya dan membersihkan dirinya di dalam taman-taman, dan mengikut satu yang di tengah-tengahnya iaitu orang yang makan DAGING BABI dan pelbagai barang yang keji dan lagi tikuspun,maka bersama-sama mereka itu akan dihapuskan, demikianlah firman Tuhan.(Yesaya:66:16-17) Pengharaman ini masih diikuti dan dibenarkan oleh kaum Yahudi tetapi bagi penganut Kristian,mereka memegang amanat Rasul Paulus(St. Paul) iaitu seperti yang dinyatakan dalam Roman: Janganlah merosakkan perbuatan Allah oleh sebab makanan.SEGALA MAKANAN itu memang suci, tetapi salahnya bagi orang yang makan itu dengan syak.(Roman:14:20) St. Paul telah mengubah ajaran Taurat dengan mengatakan semua binatang adalah halal padahal Taurat yang terdahulunya telahpun mengharamkan beberapa binatang.St. Paul lalu menyatakan pengubahan hukum Taurat dalam Efesus: Karena Ia sendiri menjadi perdamaian kita,yang menjadikan dua pihak itu satu dan merobohkan dinding penyekat yang di tengah,iaitu perseteruan itu,dengan menyerahkan tubuh-Nya, sesudah dilenyapkan-Nya HUKUM TAURAT dengan segala SYARIATNYA, supaya dijadikannya di dalam diri-Nya kedua pihak itu satu manusia yang baharu dengan mengadakan perdamaian.(Efesus:2:14-15) Maka,sebab itulah dalam Al-Baqarah ayat 174 tadi,Allah mengatakan bahawa Dia tidak akan berkata-kata pada hari Kiamat kepada golongan yang mengubah isi kandungan Kitab yang telah diturunkanNya seperti yang dilakukan oleh St. Paul. Seterusnya,terdapat ayat al-Quraan yang lain mengharamkan babi seperti berikut: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu JANGANLAH kamu TAKUT dan GENTAR kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Al-Maidah:3) Sebab itulah,kepada Setianegara,Allah telah menjelaskan bahawa janganlah takut kepada orang-orang kafir yang telah berputus asa walaupun mereka memandang remeh terhadap pengharaman babi dalam syariat Islam.Allah Maha Mengetahui tentang kenapa babi diharamkan.Walaupun babi diharamkan,ia tetap boleh dimakan kalau seseorang dalam keadaan darurat seperti yang dijelaskan An-Nahl dan Al-An'am: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(An-Nahl:115) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah KOTOR atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..(Al-An`am:145) Ke'Maha-Mengetahui'an Allah adalah unlimited..kita tak tahu sama ada penyakit dan virus yang berada dalam babi ini setakat itu,atau setakat ini..zaman dulu babi dikaitkan dengan kulit yang buruk,berbintik-bintik,maka diciptakan teknologi yang boleh menghapuskan kuman cacing pita tersebut.Tapi masalahnya,bukan sedikit saja,penyakit dalam babi begitu banyak,seorang yahudi iaitu Daniel S. Shapiro, M.D.,Pengarah,Clinical Microbiology Laboratories,Boston Medical Center, Massachusetts’ yang juga merupakan Penolong Profesor Perubatan, di ‘Pathology and Laboratory Medicine,Boston University School of Medicine, Massachusetts,telah merumuskan lebih daripada 25 penyakit-penyakit yang boleh di jangkiti dari babi.Antaranya: - Anthrax - Ascaris suum - Botulism - Brucella suis - Cryptosporidiosis - Entamoeba polecki - Erysipelothrix rhusiopathiae - Flavobacterium group IIb-like bacteria - Influenza - Leptospirosis - Pasteurella aerogenes - Pasteurella multocida - Pigbel - Rabies - Salmonella cholerae-suis - Salmonellosis - Sarcosporidiosis - Scabies - Streptococcus dysgalactiae (group L) - Streptococcus milleri - Streptococcus suis type 2 (group R) - Swine vesicular disease - Taenia solium - Trichinella spiralis - Yersinia enterocolitica - Yersinia pseudotuberculosis Kajian oleh Alix Fano (M.A.),Murry J. Cohen (M.D.),Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.),Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) telah mendapati bahawa di antara penyakit-penyakit itu, ada yang boleh membawa maut,sebagai contohnya leptospirosis yang boleh menyebabkan kerosakan kepada hati (liver) dan buah pinggang. Satu contoh kesan penyakit dari babi ialah jangkitan kuman (virus) influenza.Pada tahun 1918, ia telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia.Ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya berjumlah 40 juta.Kuman ini pada asalnya adalah dari babi-babi di Amerika yang telah menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia Pertama.Tentera-tentera ini kemudiannya telah membawa dan menyebabkan jangkitan di negara-negara lain.Jumlah kematian ini adalah lebih besar daripada kematian yang berpunca dari wabak-wabak lain dalam sejarah dunia moden. Wabak 1957 yang dinamakan sebagai ‘The Asian Flu’ dan wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 berkemungkinan berpunca dari kuman yang datang dari babi atau binatang ternakan. Wabak-wabak ini telah meragut nyawa 2 juta orang. Penyakit-penyakit dalam babi tidak diketahui jumlahnya dan masih dalam penyelidikan kerana semakin berkembang pengetahuan sains kita,semakin banyak penyakit yang ditemui(sehingga hari ini),itulah hikmahnya pengharaman babi dari Allah yang begitu Maha Mengetahui,yang ilmuNya kalau nak ditulis dengan dakwat daripada semua lautan dunia ini dan digandakan lagi lautan tu,masih tak cukup untuk menerangkan ilmu Allah. Babi juga dikaitkan dengan pembentukan sifat-sifat atau peribadi seseorang,seperti yang selalu orang-orang Amerika menyebut,"You are what you eat" ..dalam kebanyakan tradisi masyarakat dunia,memakan babi dikatakan mempunyai moral yang rendah,kedayusan,tiada sifat malu,kemalasan,kecintaan dan ketamakan kepada kekayaan.Setiap orang yang dibenci,mana-mana masyarakatpun,mesti orang itu dipanggil babi,untuk menunjukkan bahawa babi memang berkait-rapat dengan ciri-ciri peribadi yang terburuk.Hal ini kerana babi secara biologicalnya,sama dengan manusia,maksudnya,organ badannya dan sistem yang berkaitan dengannya sama dengan manusia.Maka,ciri-ciri babi boleh diserap dengan mudah dalam diri manusia dengan memakannya.


p/s (Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini mrerupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko terhadap pelbagai jenis penyakit)

(http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/Printpage.pl?board=2&num=2260)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails