Wednesday, June 30, 2010

IkaN Bersayap


BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud


Dalam tidak sedar.
 
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. 
 
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
 
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
 
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
 
Diamlah sejenak,
 
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
 
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
 
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
 
Warhamni (sayangi aku)
 
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
 
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
 
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
 
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
 
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
 
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
 
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
 
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
 
Wa'fuannii (maafkan aku)
 
Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita
 
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
 
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
 
tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu. 

liu Bolin; Manusia Halimunan


Pil 'Mandul Sementara' Lelaki Berhasil Ditemukan.

Pil kontrasepsi khusus lelaki akhirnya berhasil ditemukan ilmuwan Professor Haim Breitbart dari Universitas BarIlan, Isnin (28/6) "Pil anti hamil memiliki zat yang berfungsi memindahkan kandungan protein utama sperma itu cukup diminum tiga bulan sekali. Alhasil, jutaan sel sperma akan dinonaktifkan dan tidak mampu membuahi sel telur saat memasuki rahim. Sehingga pasangan tersebut dapat menunda kehamilan". kata Professor Breitbart. Penelitian yang dilakukan selama tiga tahun ini juga tidak menemukan kesan sampingan dari penggunaan pil tersebut, kata sang Profesor itu.
Apa komen anda?

Makna Seorang Teman


Ada dua teman karib sedang dalam perjalanan. Ismail dan Salim namanya. Ditengah perjalanan mereka bertengkar, Ismail tidak menahan amarah kemudian mendorong Salim sampai terjatuh. Meski Salim sakit, Salim tidak melawan. Tanpa bertutur kata. Salim menulis di atas pasir.

'Hari ini temanku mendorongku sampai jatuh.'

Mereka lalu melanjutkan perjalanan hingaa menemukan sungai untuk membersihkan badan. Namun ternyata sungai itu teramat dalam sehingga Salim hanyut dan nyaris tenggelam dan diselamatkan oleh  Ismail, temannya. Ketika Salim siuman dan rasa ketakutannya hilang Salim menulis disebuah batu.

'Hari ini temanku menyelamatkan nyawaku.'

Melihat apa yang dilakukan Salim, Ismail terheran-heran dan bertanya, 'Kenapa waktu aku mendorongmu hingga terjatuh, kau menulis diatas pasir dan sekarang kau menulis diatas batu?'

Salim tersenyum dan menjawabnya, 'Ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus luka dihati. Dan apabila diantara teman terjadi kebaikan sekecil apapun kita harus memahat diatas batu hati kita agar kita tetap mengenang, tidak hilang tertiup waktu.' Dua teman baik itu akhirnya tertawa bersama, bahagia menikmati pemandangan yang indah disetiap perjalanan.

Pesan kisah diatas adalah hidup ini kita seringkali berbeda pendapat dan berkonflik karena sudut pandang yang berbeda. Oleh karena itu saling memaafkan  dan melupakan masalah dan kesalahan orang lain akan membuat hidup kita menjadi bahagia dan kebaikan orang lain yang pernah dilakukan untuk kita menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita yang senantiasa tersimpan dalam hati tak terhapus oleh waktu. Itulah makna seorang teman.

Istana Negara Yang Baru

Merupakan Komplek Istana baru yang akan menggantikan istana yang sedia ada. Akan dibangunkan di kawasan Jalan Duta dengan keluasan lebih 200 ekar. Kos untuk membangunkan komplek istana ini dianggarkan lebih RM 800 juta yang mana lebih sekali ganda dari anggaran asal pada tahun 2006 iaitu sebanyak RM400 juta.


Thursday, June 24, 2010

Jambatan Gantung Dari Rumput/Jerami


The Qeswachaka hanging bridge, of Cuzco, Chile, is handwoven every year, from a local grass called Qoya.
 
Located approximately 100 km from Cuzco, Qeswachaka bridge was once part of a network of bridges, built in the time of the Inca empire, but is now the only one of its kind, in the world. Spanning 120 feet over the Apurimac river, at around 13,000 feet above water, Qeswachaka (also spelled Q’eswachaka or 

Keswachaka) is built using the ancient Qhapaq nan technique, used by the Inca people.
Qhapaq nan bridges were built from grass, and were wide enough for only one person to pass, at a time. In ancient times these bridges were constantly under surveillance and everyone crossing them was monitored. When Pizzaro began his march for Cuzco, Qeswachaka was destroyed, to slow his advance, but was reconstructed, many years later.
 
Made from a local herb, known as Qoya, the fibers of Qeswachaka bridge deteriorate rapidly, and local communities have to reconstruct the bridge every year. Around 1,000 men and women, from various Andean communities gather at Qeswachaka bridge, every second week of June, for the rebuilding ceremony. Long blade of Qoya grass are woven into six long cables, which are bound and secured by eucalyptus trunks, buried at each end of the bridge.
 
It’s not that building a more modern bridge would be impossible, but this is a way for the Andean people to celebrate and honor their Inca ancestors, and keep their centuries old traditions alive.
 

Burger Super King


Andainya Perempuan Tahu...

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin). - Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama. - Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. - Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. - Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. - Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. - Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! - Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. - Bila lelaki cakap.."Emm. .tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. - Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. - Kebanyakan lelaki yg nampak `desperate', datang dari sekolah all boys! (how true) - Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. - Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… - Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik. - Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan `flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan.. - Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! - Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. - Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti… - Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Nasihat dari Pepatah Cina

PERTAMA. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan. KEDUA. Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua. KETIGA. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu KEEMPAT. Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah. KELIMA. Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya. KEENAM. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan. KETUJUH. Percayailah cinta pandang pertama. KELAPAN. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa. KESEMBILAN. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini. KESEPULUH. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar. KESEBELAS. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka. KEDUABELAS. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas. KETIGABELAS. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?" KEEMPATBELAS. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar. KELIMABELAS. Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin. KEENAMBELAS. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar. KETUJUHBELAS. Berpeganglah kepada tiga R: * Rasa hormat pada diri sendiri; * Rasa hormat kepada orang lain; * Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda KELAPANBELAS. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar. KESEMBILANBELAS. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu. KEDUAPULUH. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar. KEDUAPULUH SATU Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Wednesday, June 23, 2010

Kata-Kata Semangat Saat Menghadapi Kegagalan


Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
* Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
* Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
* Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
* Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
* Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
* Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
* Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
* Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
* Anda tidak gagal. Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
* Kesilapan adalah realiti kehidupan yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
* Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari, bersedialah untuk terbakar.
* Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
* Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
* Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
* Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
* Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang? Fikirkanlah! .
* "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang. Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan" .
* Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
* Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
* Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
* Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
* Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
* Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
* Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
* Apabila anda telah sampai ke penghujung tali……dan tiada lagi simpulan untuk bergantung.. ….lompatlah ke tali yang lain.
* Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
* Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
* Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
* Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan, perbuatan atau sebagainya.
* Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
* Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,…..anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
* Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
* Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
* Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
* Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
* Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan. Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
* Terseradung bukannya terjatuh.
* Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan, mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
* Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
* Jika pada awalnya anda tidak berjaya, cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
* Apabila anda kaya, fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
* Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
* Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
* Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
* Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
* Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
* Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
* Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari- apa silapnya.
* Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
* Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
* Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
* Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
* Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
* Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
* Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah, atau yang berjaya dan gagal, juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya. Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
* Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
* Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
* Jangan katakan kegagalan itu kesilapan. Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
* Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
* Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
* Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

Tuesday, June 22, 2010

Bahaya Tidur dengan Lampu Menyala


Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala berisiko menghidap leukemia. Para saintis telah menemukan bahawa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan zat kimia yang boleh melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu-lampu jalan dapat menghentikan perkembangan zat melatonin.

Tubuh memerlukan zat kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin tersebut akan menghentikan asam lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya. Prof. Russle Reiter dari Texas University yang mengetuai penelitian tersebut mengatakan “Sekali Anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit. Otak Anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan zat melatonin menurun”. Jumlah anak-anak pengidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam era 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal dunia. Sebuah forum tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa orang menderita kanser akibat terlalu lama membuka lampu waktu tidur dimalam hari dibanding dengan yang tidak pernah membuka lampu waktu tidur. Hal ini menekan penghasilan melatonin dimana normalnya terjadi antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahwa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift yang memiliki risiko terkena kanser payudara. Pada kenyataannya, Orang-orang buta tiada masalah terhadap penghasilan melatonin memiliki risiko yang lebih rendah mengidap kanser. Maka para orang tua disarankan untuk menggunakan bola lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Monday, June 21, 2010

WHY THE JEWS SO SMART

“Why the jews so smart” Dr. Stephen Carr LEON. Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah 'S……' tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Irfan Khairi : Jutawan Muda

DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai. Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal 30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet. Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu. Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur, tetapi juga medan untuk 'membuat duit'. Bukan 'membuat duit' seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan. Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet. Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang reka bentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan mereka bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk seperti buku dan peta Malaysia. "Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja," kata Irfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik menerusi perniagaan Internet. "Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang cara ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat tempahan datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari Amerika Syarikat, Jepun dan Australia," kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini. Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet ibarat tidak boleh dipisahkan. Dalam milikannya sahaja, ada lima buah komputer. Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar masa di rumah dan hanya menghadap komputer untuk mengakses Internet. Adakah ia sesenang yang disangka? Irfan menegaskan: "Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan goyang kaki sahaja." Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya, dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan grafik dan sebagainya. "Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar dapat tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet. "Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 ke atas sehari." Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran akan potensi perniagaan Internet pada masa ini. "Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 sehari itu ketika perniagaan melalui Internet belum berkembang. Pada masa itu, pengguna Internet hanya 500 juta orang. "Tetapi kini pengguna Internet adalah 1.3 bilion dan sudah tentu perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang besar buat pengusahanya. "Lagi pula, sekarang perniagaan atau urusan juga sudah semakin sebati dengan Internet. Bayar saman pun sudah boleh secara dalam talian," katanya sekali gus berbicara soal potensi perniagaan Internet. Pada masa ini, Irfan mempunyai lima buah laman web antaranya rahsiainternet.com, ideabubble.com dan slash.com.my. Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segi bekerja di rumah dan kos yang rendah. "Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar sewa tapak, mungkin RM1,000 sebulan. Namun untuk perniagaan Internet anda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin bayaran penggunaan Internet, telefon dan elektrik. "Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Saya pun tidak ada orang gaji," kata lelaki yang sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini. Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh dikatakan, dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu. Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan mewah seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai milikannya. "Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak," katanya. Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi tanpa minat yang mendalam dan dorongan motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur 18 tahun lagi. Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi. Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan pengajian multimedia di Britain. "Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat duit," katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan televisyen. "Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya. "Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan khalayak tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau merasa produk kita. Mereka hanya boleh melihat fotonya di monitor komputer," ujarnya.

Rahsia Kekayaan Syed Mokhtar Albukhary

Semua sudah sedia maklum siapakah tokoh Maal Hijrah pada kali ini. Insan yang dimaksudkan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Menurut laporan Forbes bulan Oktober 2007, beliau kini berada di ranking 754 senarai billionaire dunia. Di Asia Tenggara ke-27 (2005). Berada di tangga ke-7 dalam Malaysia dan seterusnya menjadi orang Melayu/Muslim terkaya di Malaysia. Beliau terpilih menerima pengiktirafan itu berikutan statusnya sebagai insan muslim terkaya di Malaysia serta jasa yang ditaburnya melalui Yayasan Albukhary. Yayasan ini ditubuhkan bagi membantu pelajar miskin bukan saja dalam negara malah di luar negara, serta baktinya dalam meningkatkan syiar Islam seperti pembinaan Muzium Kesenian Islam dan pembinaan masjid di seluruh negara. Tentu ramai yang terfikir apakah rahsia beliau sehingga berjaya menjadi tycoon walaupun berasal dari keluarga yang miskin dan serba kekurangan. Syed Mokhtar yang pertama kali berkongsi rahsia kejayaannya secara terbuka di dalam akhbar Harian Metro. Antara rahsia beliau ialah selalu amalkan sikap suka menderma dan bersedekah. Berikut adalah antara intipati dari artikel akhbar tersebut serta ulasan peribadi saya. Beliau berkata, sepanjang 40 tahun terbabit dalam bidang perniagaan bermula dari tahun 60-an, beliau sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat, supaya memberi separuh daripada pendapatan untuk membantu keluarga miskin. “Ketika dapat gaji pertama sebanyak RM1,500 sewaktu usia 25 tahun, ibu saya kata RM750 guna untuk adik-adik dan RM750 lagi disedekahkan kepada 15 keluarga miskin dalam kawasan kampung saya. “Daripada situ jiwa saya dah dibentuk oleh ibu untuk membantu golongan susah yang memerlukan bantuan. Sifat dermawan selain dituntut agama Islam (tangan di atas lebih mulia dari tangan di bawah), konsep yang sama turut disarankan dalam The Secret. 'Give Money to Get Money'. Robert Kiyosaki juga memiliki falsafah yang sama. 'If I want money, so I give the money, so it will comes back in multiples' . Begitulah betapa besarnya kuasa memberi. Selain suka menderma wang ringgit beliau turut suka membantu pelajar miskin. Beliau terdorong untuk membantu meningkatkan kemampuan pelajar miskin selepas dirinya sendiri tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. “Saya tumpukan memberi bantuan kepada pelajaran sebab diri saya tak ada peluang, saya nak bayar duit yuran peperiksaan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun tak ada duit dan saya tak dapat nak lanjut pelajaran, sampai tingkatan lima saja. “Sebab itu, bila saya tak dapat peluang, saya rasa peluang itu perlu diberikan kepada orang yang tak ada kemampuan.” katanya. Apa yang dilakukan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ini bertepatan dengan apa yang disarankan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW supaya membantu golongan yang ingin menuntut ilmu. Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan Al-Hakim,dari Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi mengatakan barangsiapa yang membantu orang yang menuntut ilmu maka akan ditambah rezekinya. Nampaknya Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary memang telah mengamalkan apa yang diketengahkan oleh The Secret dan juga ajaran agama kita. Itulah RAHSIA utama beliau. Oleh itu tidak hairanlah bagaimana beliau boleh menjadi apa yang beliau jadi sekarang.

Thursday, June 17, 2010

9 Melayu antara 40 terkaya di Malaysia


KUALA LUMPUR: Bilangan hartawan Melayu dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini meningkat kepada sembilan berbanding lapan tahun lalu dengan nilai aset terkumpul mereka mencecah AS$2.603 bilion (RM9.132 bilion). Nilai aset terkumpul itu bagaimanapun 28.88 peratus lebih rendah berbanding AS$3.65 bilion (RM12.84 bilion) tahun lalu dan hanya mewakili 7.15 peratus kekayaan terkumpul semua individu dalam senarai 40 orang paling kaya Malaysia itu yang berjumlah AS$36.41 bilion (RM127.74 bilion).
Usahawan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim terus mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai orang Melayu paling kaya dan kedua paling kaya tahun ini.Turut mengekalkan kedudukan adalah Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir pada tempat ke-3 dan Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun tempat ke-4. Syed Mokhtar mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion), manakala Azman AS$470 juta (RM1.65 bilion). Walaupun kekayaan Syed Mokhtar dan Azman masing-masing susut daripada AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) dan AS$700 juta (RM2.46 bilion) tahun lalu, mereka mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dan ke-11 dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini. Mokhzani dan Kamarudin pula masing-masing memperbaiki kedudukan dari tempat ke-20 dan ke-21 tahun lalu kepada ke-16 dan ke-19 tahun ini. Peningkatan itu di sebalik penurunan nilai kekayaan masing-masing daripada AS$290 juta (RM1.02 bilion) kepada AS$215 juta (RM754.29 juta) dan AS$280 juta (RM982.34 juta) kepada AS$205 juta (RM719.21 juta) tahun ini. Tiga hartawan Melayu baru yang memasuki senarai tahun ini ialah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Bhd, Tan Sri Rozali Ismail pada tangga ke-31; Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir di tangga ke-37 dan Ketua Eksekutif Ranhill Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad di tangga ke-38. Nilai aset ketiga-tiga individu itu masing-masing berjumlah AS$130 juta (RM456.08 juta), AS$100 juta (RM350.83 juta) dan AS$98 juta (RM343.82 juta). Dua hartawan Melayu lain yang turut berada dalam senarai itu ialah Pengarah Eksekutif Westports, Ahmayuddin Ahmad di tempat ke-25 dengan nilai kekayaan AS$175 juta (RM613.96 juta) dan Pengarah Gamuda Bhd, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah di tempat ke-35 dengan nilai kekayaan AS$110 juta (RM385.917 juta). Bagaimanapun, Pengerusi Naim Cendera Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak masing-masing berada di tempat ke-30 dan ke-40 tahun lalu terkeluar daripada senarai '40 Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.
Sementara itu, peneraju Kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok dan ahli perniagaan Ananda Krishnan mengekalkan kedudukan sebagai rakyat Malaysia paling kaya. Kekayaan Kuok adalah AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion tahun lalu, manakala Ananda pula AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion. Kuok dan Ananda juga adalah orang paling kaya di Asia Tenggara. Rakyat Malaysia ketiga paling kaya pula ialah Pengerusi Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion tahun lalu. Forbes Asia dalam kenyataannya berkata, jumlah terkumpul kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia AS$36 bilion bagi tahun ini merosot 22 peratus berbanding AS$46 bilion tahun lalu sejajar kejatuhan 21 peratus pasaran saham tempatan dan penurunan 10 peratus nilai ringgit berbanding dolar AS. Katanya, pengiraan nilai kekayaan individu dalam senarai itu dibuat berdasarkan harga saham syarikat yang dikuasai dan kadar pertukaran mata wang daripada 15 Mei lalu. Bagi aset yang tidak disenaraikan pula, ia menggunakan maklumat daripada firma biro kredit BRIS Information Services Sdn Bhd (BRIS) dan sumber lain untuk membuat anggaran nilainya jika aset itu disenaraikan di Bursa Malaysia.
Sumber: Berita Harian Selasa, 02 Jun 2009 (8 Jamadilakhir 1430)

Related Posts with Thumbnails