Friday, June 12, 2009

MALAYSIAN

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

Monday, June 8, 2009

MENARA PISA


Menara Condong Pisa (Torre pendente di Pisa) atau Menara Pisa (La Torre di Pisa) merupakan menara loceng, atau menara genta berdiri bebas, bagi gereja besar bandar Pisa di Itali. Menara ini terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina di Piazza del Duomo ("Dataran Gereja") di Pisa.
Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada tahun 1173 kerana asasnya yang lemah dan struktur longgar yang membolehkan asas menara beranjak arah. Kini, menara ini condong ke arah barat daya.
Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki) dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m (186.02 kaki) di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak menara ini ialah 4.09 m (13.42 kaki) sementara di aras atas pula lebarnya 2.48 m (8.14 kaki). Beratnya dianggarkan kira-kira 14,500 tan metrik Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga aras ketujuhnya kekurangan dua anak tangga di tangga yang menghadap ke udara. Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah. Ini bererti puncak menara berada 3.9 meter dari kedudukan sepatutnya seandainya menara ini berdiri tegak.

Tuesday, June 2, 2009

TIANG BESI ANTIKARAT DI INDIA






Terletak di Vishnupadagiri (bukit dengan jejak kaki Vishnu). Lokasinya dikenali dengan Udayagiri, yang terletak disekitar Besnagar, Vidisha, dan Sanchi. Kota ini terletak 59 km di timur dari Bhopal, India Tengah. Ramalan ini berdasarkan letaknya Vishnupadagiri yang kemungkinan berada pada salah satu garis lintang utama bumi (dari 5 garis lintang utama) yang merupakan pusat pembelajaran astronomi pada zaman Gupta. Lokasi sekarang terletak di Delhi, India, atau tepatnya di Qutb Complex. Tiang ini setinggi 6,7 m dengan kedalaman tiangnya kira-kira 93 cm. Diameter 43 cm di muka tanah, semakin ke atas semakin kecil diameternya dengan 29 cm di puncaknya.berfungsi sebagai jam matahari. Dibina pada tahun 375 M–414 M (antara abad ke 4-5), menggunakan bahan 98% besi murni (wrought iron), namun selama 1600 tahun dapat bertahan terhadap kerosakan dan cuaca buruk.Pada badan tiang terdapat inskripsi dari Bahasa Sanskrit yang bererti(diterjemahkan bebas dari prasasti berbahasa Inggris yang diterjemahkan pada tahun 1903 oleh Pandit Banke Rai).
"Dia, yang diatas tangannya yang benar telah tertulis dengan pedang, iaitu, pada perang di negara Vanga (Bengal), dia menghancurkan dan mengusir sendiri musuh-musuhnya, yang telah bergabung bersama, melawan dia. Dia, yang telah melewati peperangan tujuh mulut sungai Sindhu, Vahlikas telah dikuasai. Dia, dengan hembusan angin kemenangan dari lautan selatan yang bahkan masih harum. Dia, himpunan dari semangat tersebut, yang menghancurkan musuh-musuhnya, seperti panas yang bercahaya dari api yang terbakar di hutan, meskipun sekarang dedaunan tidak di bumi,namun dia, sang raja, jika lelah, telah meninggalkan bumi ini, dan telah pergi ke dunia lain, menuju tanah syurga yang dimenangkan oleh jasa dari tindakan-tindakannya, namun, di bumi ini tersisa kenangan akan ketenangannya. Oleh dia, sang raja, ia telah mencapai kekuasaan tunggal di dunia, diperoleh dengan tangannya dan dinikmati selama waktu yang lama, dan dia memiliki nama Chandra, memiliki wajah seperti kecantikan bulan purnama, memiliki iman terhadap Vishnu. Tempat pemujaan Vishnu dengan standart tertinggi ini telah dibangun diatas bukit bernama Vishnupada."

Sejarah tiang besi tersebut dibangun oleh Chandragupta II Vikramaditya (memerintah pada 375-414 M), ini berdasarkan intepretasi dari tulisan inskripsi pada tiang tersebut. Tiang ini merupakan potongan yang tersisa dari kompleks kuil Hindu dan Jain yang berdiri disana sebelum diruntuhkan oleh Qutb-ud-din Aybak yang membangunkan kembali berbagai bangunan di sekitarnya seperti Qutub Minar dan masjid Quwwat-ul-Islam. Cendekiawan dalam laporan yang diterbitkan pada jurnal Current Science, R. Balasubramaniam menjelaskan bagaimana tiang tersebut dapat bertahan terhadap cuaca dan kerosakan. Kunci ketahanan kerosakan tiang tersebut menurut Balasubramaniam ada pada lapisan nipis pelindung pada permukaan besi dengan karat. Adanya partikel slag dan besi oksida tak tereduksi di struktur mikro besi, kandungan fosfor yang tinggi di besi (sekitar 1%, dibandingkan dengan kandungan fosfor besi masa kini yang kurang dari 0,05%), serta proses yang mengalami perlembapan dan pengeringan pada keadaan atmosfera, merupakan 3 faktor utama dalam proses pembentukan secara pasif lapisan nipis pelindung tersebut. Setelah 1600 tahun, lapisan nipis tersebut terus menebal, hingga saat ini telah mencapai tebal 1/12 mm.
Tiang tersebut bertindak sebagai saksi sejarah tentang majunya teknik metalogi dan pemahaman astronomi dari orang India kuno.

SUNGAI CHEONGGYE


Sungai Cheonggye di Seoul, merupakan tarikan terbaru yang terdapat di Seoul, Korea Selatan...kejernihan airnya menjadi simbol kepada keprihatinan rakyat Seoul untuk terus menjaga alam ini terutamanya sungai daripada terus tercemar...tetapi bagaimana pula dengan sungai Klang, adakah ia menjadi simbol kepada tahap keprihatinan rakyat negara ini terhadap kebersihan alam sekitar, terutamanya sungai?
Related Posts with Thumbnails